48

9.3K 510 66
                                    

Dari jauh, Wardina dah boleh nampak kereta Syuhada menghampirinya yang sedang berdiri tegak diluar rumah. Kemudian, tangan dihayun seperti menahan teksi bersama dengan senyuman yang terukir dibibir.

Senyuman palsu.

"Sorry! Aku lambat ke?" Tegur Syuhada ketika dia sudah pun masuk ke dalam kereta.

"Tak lah. Aku yang awal. Saja tunggu kau dekat luar." Tali pinggang di tarik.

"Kenapa kau tiba-tiba ajak aku keluar? Ada apa-apa ke ni?" Soal Syuhada ketika keretanya sudah pun keluar dari kawasan perumahan itu.

Malam semalam, sedang elok dia panas hati menonton drama tv3, tiba-tiba dikejutkan dengan pesanan ringkas sahabatnya itu mengajak mereka keluar bersama.

Pelik tetapi dia teruja. Syuhada kut. Seorang gadis yang kaki jalan. Cakap aje nak kemana, mesti dia bersetuju asalkan bukan terperap kat rumah.

"Saja. Kenapa? Kau tak nak keluar dengan aku?" Wardina menjuihkan bibirnya. Membuatkan Syuhada rasa nak hempuk sahaja.

"Aku saja tanya. Mana tahu kau rindu aku."

"Ha'ah. Aku rindu kau..." Dengan malas Wardina membalas sebelum pndangannya dilempar ke luar tingkap. Syuhada yang melihat jadi pelik. Beberapa kali dia menoleh ke arah Wardina sebelum pandangannya difokuskan pada jalan raya.

"Hayyan tahu tak kau keluar?" Soalan Syuhada dibalas dengan anggukan.

"Dina?"

"Eh, tahu-tahu." Lupa pula Syuhada tengah fokus memandu. Mana nak nampak anggukannya itu.

Sah! Ini bukan Wardina yang dia kenal.

"What happened? Cerita lah dekat aku." Ujar Syuhada, seakan mengerti ada yang tak kena dengan Wardina.

"Mana ada apa-apa." Sekali lagi senyuman palsu ditayang.

"Wardina Nayla. Aku bukan sehari kenal kau. Dah bertahun. I know you better than anyone else in this world." Hiperbola betul si Syuhada berkata membuatkan Wardina ketawa kecil.

Betul. Dia mana boleh sorok perasaannya daripada Syuhada. Patutlah si Nara tu selalu panggil Syuhada ni nujum pak belalang. Kena sangat dengan perangai.

Satu keluhan dilepaskan.

"Kau tahu kan pasal ibu dengan ayah aku? Kau ingat?" Soal Wardina. Merujuk kepada perubahan layanan mereka terhadapnya. Dia pernah ceritakan pada Syuhada dulu.

Laju Syuhada mengangguk. Gila dia tak ingat? Berita gembira kut! Setelah bertahun-tahun, terbuka juga hati Puan Kirana dan Tuan Azfanizam.

"Hari tu, Nabella pun minta maaf. Dia menyesal dengan apa dia buat."

"Si Nabella tak cukup akal tu?" Soal Syuhada seakan tidak percaya. Wardina mengangguk.

"Eh, kau yakin ke Dina? Entah-entah minah tu kena sampuk. Tiba-tiba pulak nak minta maaf." Pantas Syuhada menyambung ayatnya. Automatik dia jadi naik angin mendengar nama itu.

Masalah betul si Nabella ni.

"Dia bersungguh minta maaf. Siap datang rumah aku dengan Hayyan untuk berbaik. Tapi, kau tahu kan aku macam mana. Aku tak boleh lupa apa yang dia pernah buat dekat aku. Dekat Hayyan."

"Aku tak boleh maafkan dia... Tapi at the same time, aku tak sedap hati. Aku tak tahu ini perasaan aku ke apa. Mungkin sebab dia memang jahat di mata aku sampai aku tak nampak niat baik dia. Tapi..." Wardina mengeluh. Susah untuk dia ungkapkan apa yang dia rasa tentang Nabella.

"Kenapa? Apa yang membuatkan kau rasa macam tu?"

Wardina diam, mengambil nafas sesaat sebelum menceritakan apa yang berlaku semalam. Tiada yang tertinggal langsung.

Perfectly ImperfectWhere stories live. Discover now