Keesokkan harinya, Wardina datang semula ke rumah Hayyan. Awal pagi lagi dia dah dapat panggilan daripada Puan Sri Farida menyuruhnya datang untuk uruskan tentang jemputan pula.
Argh! Banyak sangat pula hal kahwin ni. Rimas!
"Pengantin baru dah sampai ke?"
Syuhada datang dengan membuat muka selamba. Sudahlah lambat. Ada hati nak bergurau senda dengannya lagi. Disebabkan gadis itu harus pergi ke universiti untuk menghantar report, Wardina buat keputusan untuk datang ke sini dahulu.
Itulah, buat kerja last minit lagi. Cuba jadikan dia ni sebagai contoh. Sehari sebelum tarikh tamat lagi dia dah letak report betul betul depan meja pensyarah.
"Ops! Sorry. Bakal pengantin." Sempat dia membetulkan ayatnya. Wardina mencebik.
"Yang kau duduk kat luar ni kenapa? Tak masuk dalam?" Soal Syuhada pelik.
Tiba-tiba Wardina teringat tujuan dia ambil angin di taman mini milik Puan Sri Farida ini.
"Aku tengah fikir something." Balasnya malas. Terselit nada mengeluh disitu.
"Fikir apa? Malam pertama?"
Serentak itu, kedengaran jeritan kecil Syuhada. Bahu gadis dah selamat menjadi tamparannya. Mulut tu, memang tak ada insuran kan?
"Aduh! Bisa betul!" Syuhada mencebik seraya menggosok-gosok bahunya.
Mengada! Bukannya kuat pun dia tampar.
"Aku tengah fikir pasal jemputan." Puan Sri Farida ada bertanya tentang jemputan dari pihaknya. Walaupun wanita itu tahu tentang keadaan keluarga Wardina, sekurang-kurangnya mereka perlukan wakil dan wali dari pihak perempuan.
Wakil? Wali? Benda yang sangat penting tapi membuatkan Wardina malas ingin berfikir.
Itu yang dia termenung dari tadi dekat gazebo ini. Namun fokusnya hilang sekejap bila melihat taman bunga mini kesayangan mama Hayyan. Cantik dan kemas! Rajin betul Puan Sri Farida tanam bunga.
"Kau tak nak jumpa ayah kau?" Syuhada menyoal, seperti tahu apa yang berada dalam fikirannya saat itu.
"Kan aku dah cakap aku tak nak, Syu? Jumpa keluarga aku dan pijak lantai rumah tu ibarat aku jilat ludah sendiri tahu tak? Sejak apa yang dia orang buat dekat aku, aku dah benci lah nak pergi situ." Balas Wardina dingin membuatkan Syuhada terdiam sendiri. Dia turut melabuhkan punggung di kerusi kayu gazebo itu, berhadapan dengan Wardina.
"Aku ajak Mak Su..." Ujar Wardina lagi. Sejujurnya, bila Puan Sri Farida bertanya tentang jemputan dari pihak dia, wajah Mak Su yang terlintas difikiran. Lagipun, wanita itu telah di anggap sebagai ibu kandung sendiri.
"Mak Su tak terkejut ke kau tiba-tiba nak kahwin?"
Wardina tersengih mendengar soalan Syuhada. Teringat semasa dia menelefon Mak Su beberapa jam yang lalu.
"Mak Su terkejut. Tapi dia happy. Sampai nak nangis pun ada."
Syuhada senyum. Mesti Mak Su gembira ada orang yang jaga Wardina nanti. Sekurang-kurangnya Wardina mempunyai tempat bergantung. Dia tahu betapa sayangnya Mak Su pada gadis itu.
"Nara dengan Zafhan tahu tak pasal ni?" Soalannya mendapat gelengan laju dari Wardina.
"Kau gila? Tak nak lah!"
"Kenapa? Dia orang kan kawan rapat kita." Syuhada berkerut, tidak faham
"Aku tak nak dedahkan perkahwinan aku dekat kawan kolej. Biar lah kita kita aje tahu." Wardina sudah buat keputusan. Dia tak tahu kenapa perkara itu hendak disorokkan tapi rasanya itu jalan yang terbaik.
YOU ARE READING
Perfectly Imperfect
RomanceHidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuan...