SEMUA orang mengenali Yulia dahulu sebagai seorang gadis kecil yang suka berlari.
Dia berlari dalam perjalanan pergi dan pulang sekolah. Dia juga berlari semasa keluar dari lorong semak dari rumah ke jalan utama. Ayahnya pernah menceritakan, dia berlari untuk berjumpa mak yang baru melahirkan adik di hospital. Dia berlari meninggalkan ayah di belakang meskipun dia sendiri tidak tahu di mana wad mak.
Semasa Yulia mula-mula menonton filem Forrest Gump, dia kagum melihat watak Forrest yang berlari tanpa henti sehingga pendakap kakinya patah. Run Forrest run! Sejak itu, Yulia semakin suka berlari. Kadang-kadang, dia berharap ada ramai orang mengikutnya di belakang, sepertimana orang ramai berlari di belakang Forrest Gump.
Apabila Yulia semakin dewasa, dia sudah kurang berlari. Namun, banyak peristiwa penting dalam hidupnya yang membuatkan dia harus berlari.
∞ ∞ ∞
YOU ARE READING
Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)
Romansa[TERBIT VERSI BUKU - KITA CUMA KAWAN, KAN? by IMAN PUBLICATION] Adam Adwa seorang bintang terkenal. Nisrina Yulia pula hanyalah ... Yulia. Dunia mereka memang tak pernah bersilang, sehinggalah Adam tercicirkan telefonnya di dalam kereta Yulia. "Lag...