SEMUA orang mengenali Adam dahulu sebagai seorang bakat kecil yang suka mengikuti orang.
Semasa dia berumur 10 tahun, dia pernah mengikuti salah seorang penonton konsert ibunya balik ke rumah. Dia juga pernah mengikuti ibu saudaranya pulang ke Jakarta sebelum jatuh sakit pada hari ketiga berada di sana.
Kakaknya pernah menceritakan yang Adam berkeras mahu mengikuti papa mereka outstation ke negara China, sehingga sanggup bersembunyi di tempat duduk belakang kereta. Dia tertidur di dalam kereta tanpa menyedari bahawa pemandu hanya menurunkan papa di lapangan terbang, dan kereta akan kembali semula ke rumah.
Semasa Adam mula-mula mendengar lagu Billie Jean nyanyian Michael Jackson, seluruh tubuhnya ikut bergerak dan menari seolah-olah dia dikawal oleh suatu kuasa. Setiap kali Adam menari, ibu akan ketawa lalu menari bersama, dan ibu pula menyanyi sambil memegang mikrofon. Adam sukakan lagu Billie Jean kerana ingin mengikuti ibunya. Bahkan dia masih ingat bahawa papa pernah berkata, ibunyalah Billie Jean.
Apabila Adam semakin dewasa, dia menjadi semakin berbakat. Namun, sejak dia mengenal perkataan-perkataan dalam lagu Billie Jean, dia berhenti mengikuti ibunya.
∞ ∞ ∞
YOU ARE READING
Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)
Romansa[TERBIT VERSI BUKU - KITA CUMA KAWAN, KAN? by IMAN PUBLICATION] Adam Adwa seorang bintang terkenal. Nisrina Yulia pula hanyalah ... Yulia. Dunia mereka memang tak pernah bersilang, sehinggalah Adam tercicirkan telefonnya di dalam kereta Yulia. "Lag...