55

85 6 0
                                    

ZARIN berpeluk tubuh melihat kakaknya yang menampal pelekat gel di dahi.

"Tak boleh ke kau guna kain basah je? Membazir KoolFever aku. Aku beli untuk kecemasan," bebel Zarin.

"Alah, kau bukan pernah guna pun." Yulia bercakap dengan mulut muncung. "Benda ni dah bertahun-tahun simpan dalam laci tu. Dah tak efisien pun."

"Kalau tak efisien kau pakai buat apa?" Dia menendang perlahan kaki Yulia supaya beralih ke tepi. Kemudian, dia duduk di sebelah.

"Ubat semua habislah. Aku sakit kepala sangat ni. Malap sangat lampu atas mesin jahit tadi." Yulia melihat gelagat Zarin. "Yang kau ni pandang aku kenapa?"

"Kau ... tak payahlah kerja menjahit tu. Macam tak berbaloi je. Betul tak Abang Fahmi?" kata Zarin.

Mereka berdua memandang Fahmi yang sedang membaca Al-Quran di atas katil. Dari belakang, nampak kepala Fahmi mengangguk.

"Kau tengok?" bisik Zarin kepada Yulia, bangga sebab dapat sokongan abang besar.

Yulia menjuih.

"Habis tu, kau nak aku buat apa? Itu je kerja yang aku dapat setakat ni. Nanti aku carilah kerja lain," Yulia pun turut berbisik. Macam sedang berkomplot.

Belum sempat Zarin membalas, Yulia sudah pun bangun untuk masuk ke dalam bilik.

"Dahlah, aku nak tidur. Sakit kepala."

Zarin pun ikut bangun. Dia mengambil dompet, helmet dan kunci motosikal.

"Abang Fahmi. Zarin keluar pergi kedai sekejap. Abang nak pesan apa-apa tak?" tanya Zarin.

"Tak ada. Zarin nak beli apa?" balas Fahmi. Dia menutup kitab.

"Nak beli apa lagi, bang, beli ubat untuk si degil itulah," marah Zarin.

Yulia menjenguk dari dalam bilik dan tersengih terharu.

∞ ∞ ∞

Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)Where stories live. Discover now