57

82 7 0
                                    

BERTAHUN-TAHUN dulu, mak Yulia sering jatuh sakit dan demam. Ayah Yulia kata, mak ada kelemahan pada jantungnya, jadi Yulia mesti pastikan agar mak tidak tertekan. Yulia mesti tolong mak. Yulia mesti dengar cakap mak. Yulia mesti begini dan begitu.

Pada waktu itu, Yulia rasa ayah hanya katakan hal itu kepadanya seorang. Sebab Kak Ngah dan Kak Lang tak buat sebagaimana yang Yulia buat.

Kak Ngah tak pernah dengar cakap mak.

Kak Lang selalu balik dengan masalah baru.

Adik pula masih kecil.

Kak Long pula sudah belajar jauh dari rumah, di universiti. Kalau Kak Long ada, tentu dia boleh jagakan mak.

Di rumah, Yulia akan mendengar segala rungutan mak dengan penuh taat. Dalam keadaan berbaring, mata terpejam, dan rambut berserabai, mak akan bertanya perihal kakak-kakaknya.

"Kak Ngah tak nak makan lagi ke, Yulia?"

"Kak Lang tak balik lagi ke, Yulia?"

Yulia akan menjawab, "Ya, mak. Kak Ngah tak nak makan. Belum, mak. Kak Lang belum balik."

Dan mak akan terus merungut perlahan:

"Apalah nak jadi dengan kakak-kakak kamu ni, Yulia."

"Nasib baiklah kamu ada untuk tolong mak."

"Mak tak tahulah nak buat macam mana lagi."

"Kenapa semuanya tak dengar cakap mak."

Yulia pula akan menjawab:

"Yulia akan dengar cakap mak."

"Mak jangan risau."

"Yulia akan panggil Kak Lang balik."

"Nanti Yulia suruh Kak Ngah makan."

Ada kalanya, Yulia rasa marah kepada Kak Ngah dan Kak Lang, tapi mak dan ayah selalu bersabar dan terus menjaga mereka lima beradik dengan baik. Yulia mahu jadi macam mak dan ayahnya.

Mak dan ayah sentiasa mengajar Yulia untuk banyak memberi kepada orang lain.

∞ ∞ ∞

Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)Where stories live. Discover now