9

195 13 9
                                    

JAM 10.00 malam, diam-diam Yulia keluar dari bilik. Matanya tidak mahu lelap. Perut pula berbunyi-bunyi. Dia belum makan malam sebenarnya, tetapi masa sampai rumah tadi dia buat senyap sebab tak mahu mak berleter kepadanya.

"Badan dah macam tulang. Silap-silap, anjing Cina sebelah gogong kaki kamu."

Mak pernah berleter begitu. Hah, tapi lepas tu selalu tanya dari mana Yulia dapat perangai buat lawak annoying.

Yulia menjinjat kaki ke dapur. Ruang tamu dan dapur gelap. Hanya lampu di luar – hadapan dan belakang rumah – yang dinyalakan. Silap dia juga sebab cakap sudah makan; sekarang kena makan senyap-senyap macam pencuri.

Dalam remang cahaya, Yulia memandang Fahmi yang senyap tidur seorang diri. Kerana keadaan fizikalnya yang lumpuh dari pinggang ke bawah, Fahmi sentiasa tidur dalam keadaan menghadap siling. Yang membuatkan Yulia selalu takut, posisi tangan abang iparnya itu sentiasa di perut, macam jenazah. Oleh sebab itulah, setiap kali Yulia nampak Fahmi tidur, dia akan pastikan Fahmi bernafas terlebih dahulu, sebelum dia menyambung apa yang hendak dibuat.

"Okey," Yulia berbisik lega apabila nampak dada Fahmi turun naik.

Baru saja tangan Yulia hendak menyuakan biskut kering empat segi ke dalam mulut, telefonnya bergetar tanpa henti. Cepat-cepat dia mengangkat telefon yang terletak di atas meja makan. Kepala menoleh ke arah ruang tamu yang sudah gelap. Mujur bunyi getaran itu tidak mengganggu Fahmi tidur.

"Helo?" bisik Yulia. Teragak-agak, kerana nombor pemanggil itu tidak dikenali.

"Helo ...? Helo?" Suara seorang lelaki kedengaran dalam panggilan.

"Ya, helo?"

"Helo?"

"Ya, ya. Helo? Berapa banyak kali nak helo ni," gurau Yulia.

"Aa ... akak ni yang bawa kawan saya tadi, kan?" tanya lelaki tersebut. Suaranya seperti tenggelam timbul. Yulia yakin, bukan kerana masalah sambungan tetapi kerana lelaki itu termengah-mengah dan panik.

"Encik ni siapa?" Fikiran Yulia menerawang, tetapi dia seperti dapat mengagak yang orang itu berkait dengan salah seorang penumpangnya hari ini.

"Kawan saya naik kereta akak tadi. Ada jumpa telefon dalam kereta akak? Kat seat belakang. Dia hilang telefon dia. Saya rasa telefon tu tercicir kat dalam kereta akak."

Mata Yulia merenung kosong dinding dapur.

"Telefon tercicir? Kawan encik naik waktu bila ya?"

"Ah, sorry, sorry. Lupa bagi tahu. Dia naik dalam pukul tujuh tadi. Yang kereta rosak tepi jalan tu."

"Oh, yang itu." Panjang harakat di hujung, sebab Yulia sedang teringatkan penumpangnya yang emo sebab lagu tadi.

"Boleh ke akak tolong periksa dalam kereta? Kalau-kalau terjumpa. Kawan saya yakin, tercicir dalam kereta tadi."

Yulia menggumam. Kereta dah pun dihantar ke rumah Kak Ngah.

10 kilometer juga tu.

"Tolonglah, kak. Telefon tu penting sangat," lelaki itu merayu.

"Baik, baik. Saya pergi tengok. Tapi boleh ke kalau setengah jam lagi saya telefon balik untuk bagi tahu hasilnya?"

"Setengah jam lagi? Kenapa?"

"Haa ... sebab kereta tu tak ada pada saya sekarang. Saya kena pergi ke sana dulu untuk tengok telefon tu ada atau tak."

"Aduh ...."

"Tak apa, encik. Saya yakin telefon tu ada saja dalam kereta. Mungkin terjatuh ke bawah seat." Yulia meyakinkan.

Usai mematikan panggilan, Yulia merenung tin biskut di hadapan.

Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)Where stories live. Discover now