62

91 5 0
                                    

2 minggu kemudian.

DIA merenung wajah sendiri di cermin. Hari ini, rambut beralunnya digayakan dengan potongan jenis wolfcut berlapis. Wajahnya dilapis dengan solekan maskulin yang tampak garang. Pakaiannya serba hitam dengan kot kasual dan kemeja.

Ini Adam Adwa.

Masih ada tiga jam sebelum konsert bermula. Namun, Adam perlu bersiap awal untuk sesi sidang media.

Di luar bilik, kedengaran derapan tapak kaki dan suara kru yang tergesa-gesa membuatkan persiapan akhir sebelum konsert berlangsung pada malam nanti.

Di luar stadium pula, para peminat sedang beratur panjang untuk masuk ke dalam stadium. Anggaran penonton yang akan hadir pada malam ini ialah 10,000 orang, berdasarkan jumlah tiket dijual.

Adam berseorangan di dalam bilik solekan. Dia teringatkan Izhar sepanjang hari. Kalaulah Izhar ada di sini sekarang.

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar.

"Adam, ready dah? Diorang dah panggil. Lima minit lagi mula." Kepala seorang staf menjenguk di pintu.

Adam mengangguk. "Okey."

∞ ∞ ∞

SEMUA mata tertumpu pada Adam yang duduk di hadapan. Bersama Adam di meja panjang itu, pengarah konsert dan pengarah muzik yang akan menyertai konsert. Pengacara majlis pula duduk di sebuah kerusi tinggi berasingan.

Sesi sidang media itu berjalan lancar.

Sehinggalah tiba sesi soalan daripada para wartawan.

"Adam, berkenaan berita baru-baru ni tentang ibu Adam ...."

Sebaik saja mendengar ayat itu, minda Adam seperti lesap ke tempat lain. Dia mendengar, matanya juga melihat, bibir tetap tersenyum. Namun, dia seperti tidak dapat berfikir apa-apa.

"Boleh ulang soalan tu?" pinta Adam.

"Okey, baik." Lelaki berkemeja hitam itu mendekatkan badannya ke hadapan. "Ini tentang ibu Adam, Laila Borhan, iaitu tentang berita yang kita dengar baru-baru ini. Adam ada komen tentang hal itu?"

Semua mata kembali kepada Adam. Adam pula tersenyum resah. Dia memandang barisan panel di sebelah untuk mengharapkan penjelasan.

"Berita apa?" tanya Adam kembali kepada wartawan.

Wartawan itu dilihat teragak-agak. Dia menunduk memandang kertas di tangannya.

"Tentang ... berita yang keluar semalam. Yang – maaf ya saya sebut ni – menurut Laila Borhan, Adam mempunyai status anak tak taraf."

Suasana dewan menjadi sepi. Mata Adam berpinar-pinar melihat cahaya lampu sorot yang menghala terang ke hadapan. Dia menggenggam pen di tangan.

"Aaa ... saya rasa soalan tu tak berkaitan dengan konsert. Boleh kita teruskan dengan soalan lain?" kata pengarah konsert kepada pengacara majlis. Di bawah meja, dia menepuk-nepuk paha Adam supaya bertahan.

Sementara Adam pula terus berusaha untuk senyum.

∞ ∞ ∞

Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)Where stories live. Discover now