42

89 8 1
                                    

UNTUK hari-hari berikutnya, Yulia bagaikan main sembunyi-sembunyi di tempat kerja. Berjalan di mana-mana dalam bangunan, dia berjengket kaki. Kerja dibuat pun tanpa bunyi. Langkah diatur hanya apabila tiada kelibat orang.

"Yulia!" panggil June. Kepalanya terjenguk dari daun pintu bilik rakaman. "Mari sini sekejap!"

Yulia memeluk batang mop. "Kenapa June?"

"Datang sajalah." June terus masuk semula.

Dengan patuh, Yulia berlari masuk ke dalam bilik rakaman. Ini kali pertama dia masuk ketika ada orang bekerja di dalam. Di hadapannya, Adam, Izhar dan June sedang duduk berbincang tentang sesuatu. Turut bersama mereka ialah seorang penyanyi terkenal bernama Azurin.

"Hai ...." sapa Azurin dengan lemah lembut.

Tangan Yulia menggeletar kerana gemuruh apabila semua pun orang memandangnya.

"Yulia, jangan takut. Kami nak minta tolong kau saja. Cuba kau dengar bahagian ni, mana yang lagi sedap? Kami bergaduh nak pilih ni."

Kepala Yulia mengangguk agresif. Mulutnya tersenyum bangga. "Boleh sangat, June."

June yang duduk di kerusi console memainkan dua petikan lagu untuk Yulia memilih. Yang lain semuanya merenung wajah Yulia untuk melihat reaksi Yulia mendengar.

"Saya rasa, yang pertama tu," jawab Yulia.

Adam dan Izhar tiba-tiba bertepuk tangan. Mereka berdua meraikan, manakala Azurin dan June mendengus kecewa.

"Bagus, Yulia! Bagus! Kau memang pandai pilih lagu." Izhar mengangkat kedua-dua ibu jari ke arah Yulia. "Jadi, semua orang, Yulia dah pilih. Tak ada seri-seri dah."

"Okey, fine. Aku okey saja untuk mana-mana versi lagu. Rin?" tanya June.

"I pun okey. Dua-dua pun sedap sebenarnya. Terima kasih, Yulia," kata Azurin.

Yulia tersenyum malu-malu. "Sama-sama."

"Okey! Oleh sebab kita dah selesai dengan lagu ni, tengah hari nanti kita keluar makan, untuk raikan. Nanti aku tempah tempat kat restoran." Izhar menepuk-nepuk tangan. Mereka yang lain bersorak dan mengucapkan tahniah kepada Azurin.

Dalam keriuhan itu, Adam melambai kecil ke arah Yulia.

"Yulia pun ikut sekali ya," ajaknya dengan gerakan bibir.

"Saya pun?" balas Yulia, dengan gerakan bibir juga.

Adam mengangguk dan tersenyum manis.

∞ ∞ ∞

USAI makan tengah hari itu, semua orang berpisah ke destinasi masing-masing. Yang bekerja di studio balik dengan berjalan kaki saja kerana dekat. Izhar berkeras mahu naik e-hailing kerana tidak larat berjalan. Azurin dan June mahu menumpang sekali

Adam pilih untuk balik berjalan kaki bersama Yulia.

"Yulia, saya terfikir," kata Adam tiba-tiba.

"Ya?"

"Kenapa ...." Adam memandang Yulia. "... awak cakap suara saya strain?"

Riak wajah Yulia berubah. Belum move on rupa-rupanya lelaki itu.

"Pasal tu ... saya minta maaf. Salah saya, sebab main sebut apa yang saya dengar daripada orang lain. Saya memang tak ada ilmu pasal nyanyian. Saya minta maaf sangat, encik."

Adam tersenyum. Dia kembali melihat ke arah pemandangan di luar.

"Kalau itu pandangan orang lain, jadi apa pandangan awak?" tanya Adam.

Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?)Where stories live. Discover now