PROLOG

8.5K 205 6
                                    

Anggun Lilyann buka pintu rumah bersama raut yang begitu mesra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann buka pintu rumah bersama raut yang begitu mesra. Senyuman Anggun terkoyak lebih lebar tatkala nampak Riffat Rizqullah berada di hadapan mata. 

"Anggun, ada masa untuk jumpa aku sekejap?" Riffat bertanya dengan baik. Dalam hati, jejaka ini tidak berhenti memohon agar tiada orang lain di rumah selain Anggun seorang. 

"Ada. Kenapa kau tiba-tiba datang tanpa inform apa-apa? Abang Althaf tak ada tau, abang dekat universiti," beritahu Anggun. 

Riffat Rizqullah, seorang sahabat baik Althaf Luthfan di sekolah menengah sains suatu tika dahulu. Riffat ini merupakan satu-satunya teman Althaf yang turut berkawan dengan Anggun. Walaupun begitu, hubungan Anggun dan Riffat tidaklah begitu rapat, hanya sebagai kawan biasa. 

"Aku datang bukan nak jumpa Althaf, aku datang untuk jumpa kau." Riffat bertingkah jujur. 

Serentak itu, Anggun dapat rasa jantungnya berdegup dengan agak kencang. Kenapa pula Riffat mahu bersua muka dengan Anggun?

"Kita cakap dekat luar, dekat gazebo tu. Aku tak boleh jemput kau masuk rumah, tak ada orang dekat rumah," ujar Anggun, baik. 

Riffat hanya mengangguk tanda setuju. Tenang sedikit hati lelaki ini saat tahu Anggun berseorangan. Jika boleh, perbualan petang ini, Riffat tak mahu sesiapa dengar kecuali mereka berdua. 

"Oh ya, kau nak air ke? Aku boleh buat sekejap." Lupa pula Anggun yang Riffat ini tetamu. Tetamu perlu di hidang dengan air dan beberapa makanan ringan. 

"Tak perlu, aku sekejap je ni." Laju Riffat membalas. 

Anggun akur. Gadis ini ambil tempat di sebuah kerusi bawah gazebo kayu ini. Riffat turut ambil tempat berhadapan dengan Anggun. 

"Anggun, kita dah berkawan sejak aku berumur 13 tahun dan sekarang umur aku dah 21 tahun." Riffat beri mukadimah seperti biasa. 

"Okay..." 

"Maksudnya kita berkawan sejak kau berumur 10 tahun dan sekarang kau dah cecah umur 18 tahun, betul?" Riffat mahukan kepastian.

"Betul." Jika ikut pengiraan Anggun, memang betul umur yang Riffat maksudkan. 

Riffat dan Althaf mula berkawan sejak keduanya berusia 13 tahun, baru masuk ke alam sekolah menengah. Perbezaan umur Anggun dan Althaf juga hanya tiga tahun. Jadi benarlah, mereka berteman sejak Anggun berusia 10 tahun. 

"Jadi kau dah cukup umur untuk faham maksud aku." Riffat masih berkias. 

"Maksud apa?" kening Anggun mulai berkerut. 

"Aku nak jadi komando, bukan sebarang komando tetapi vat69. Perjalanan aku masih jauh, baru saja mahu bermula jadi dalam kepala aku, dalam fikiran aku, tak ada sikit pun terfikir soal perempuan atau kahwin." Suara Riffat ditegaskan saat ucapkan ayat tersebut. 

Anggun terdiam. Riak wajah Anggun mungkin tampak biasa sekarang tetapi hanya Anggun yang tahu tentang isi hati sendiri. Anggun tak faham apa yang Riffat mahu sampaikan tapi hati Anggun sedikit sebanyak kecewa saat Riffat kata dia tak terfikir soal pasangan. 

"Anggun, aku tahu... kau suka pada aku, aku boleh nampak benda tu. Jadi aku beritahu awal-awal, aku tak mahukan pasangan, aku tak mahukan sebuah perkahwinan. Aku hanya mahu fokus dengan cita-cita aku." Riffat bertingkah jujur akan apa yang di lihat sekarang. 

Hati Riffat jadi tidak senang mahu lapor diri ke PULAPOL saat fikirkan Anggun. Jadi, ini adalah cara yang terbaik. 

Anggun agak tersentak, mungkin tak sangka yang Riffat boleh baca isi hati Anggun. Memang benar, Anggun ada simpan perasaan pada Riffat tetapi tidaklah bermimpi sehingga ingin berkahwin muda. 

"Aku rasa kau salah faham kot Riffat. Ya betul, aku suka pada kau tapi aku juga masih muda, masih banyak benda yang aku mahu capai sebelum fikir soal kahwin. Kau jangan salah faham, aku takkan pernah halang kau untuk capai cita-cita kau," balas Anggun, suara diperlahankan agar tiada sesiapa dengar soal kahwin dan perasaan Anggun. Segan rasanya bercakap soal ini dengan jejaka yang kita suka.

"Dengar kata aku dengan jelas, aku tak mahu berkahwin. Jadi tak ada guna kau simpan perasaan kau pada aku kerana target hidup aku bukanlah berumahtangga," tegas Riffat. 

Terkilan juga hati Anggun apabila suara Riffat tiba-tiba berubah mendatar begitu.

"Kalau kau boleh ada target hidup sendiri bermakna aku juga boleh wujudkan target hidup aku. Aku akan tunggu kau sehingga kau sendiri bersedia." Anggun tidak main-main dengan ayatnya kali ini. Suara turut ditegaskan agar Riffat tahu yang Anggun serius sekarang. 

"Jangan jadi perempuan yang gila. Datanglah beratus wanita sekalipun, aku takkan pernah ubah fikiran. Aku tak mahu berkahwin mahupun ada pasangan. Pada aku, semua itu menyusahkan. Aku cuma mahu jadi pelindung negara yang hebat. Itu saja. Kau mahu tunggu aku? Silakan. Tapi aku janji pada diri aku, kau takkan pernah tengok aku hadir sebagai seorang pasangan dalam hidup kau." Riffat bangun daripada duduknya.

Anggun telan liur, mendongak juga kepala wanita ini lihat Riffat sekarang. Raut main-main langsung tidak terselit di balik riak wajah Riffat. Tatapan tajam Riffat turut menusuk terus ke dada Anggun. Agak sakit apabila di tenung dengan lirikan helang begitu. 

Tanpa sebarang suara, Riffat beredar daripada kawasan rumah banglo keluarga Anggun ini. Anggun pegang dada sendiri, terasa degupan jantungnya begitu hebat berombak. Pandangan Anggun beralih pada susuk Riffat yang perlahan-lahan meninggalkan Anggun sendirian. 

Entah apa yang merasuk Riffat, Anggun sendiri tidak tahu. Sebelum ini, Riffat begitu baik dan lembut dengan Anggun. Lelaki itu benar-benar tekad ke untuk tidak berpasangan? Bagaimana pula dengan Anggun? Tekadkah Anggun mahu tunggu Riffat sehingga jejaka itu sendiri bersedia?

 Lelaki itu benar-benar tekad ke untuk tidak berpasangan? Bagaimana pula dengan Anggun? Tekadkah Anggun mahu tunggu Riffat sehingga jejaka itu sendiri bersedia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now