Anggun Lilyann masuk ke dalam bilik sebaik selesai luangkan masa bersama keluarganya pada malam ini. Keletihan Anggun sekarang walaupun seharian wanita ini tidak lakukan apa-apa.
Semalam Anggun ada la juga keluar mencari makan dan beli belah bersama Althaf. Tapi hari Sabtu begini, Anggun memilih duduk di rumah bersama yang lain.
Anggun tidak lakukan apa-apa, hanya memasak dan duduk senang. Tetapi tubuhnya tetap terasa letih sekarang. Terkadang, tidak lakukan apa-apa jauh lebih letih daripada menjadi produktif.
Belum sempat Anggun hempas tubuh ke katil, gadis ini dikejutkan dengan deringan telefon yang mengisi ruang bilik. Anggun capai telefon di meja belajar.
Sebaik nampak nombor Sephia di layar telefon, Anggun segera tekan ikon hijau. Pembesar suara di buka.
"Hai makcik!" Sephia menegur bersama suara yang bertenaga.
"Kau makcik kan aku? Hello? Aku baru 25 tahun ya. Elok sikit cakap tu." Anggun menegur.
"Okay. Hai makcik muda!" Sephia berloyar buruk. Sengaja mahu indahkan lagi hari Anggun.
"Kau nak aku end ke?" Anggun mengugut.
"End la kalau tak mahu tahu tentang gosip terkini." Sephia tertawa kecil di hujung bicaranya.
Anggun guling mata ke atas.
"Gosip apa pula tiba-tiba ni?" Anggun sandarkan tubuh pada kepala katil.
"Pasal bakal laki kau la." Sephia memberitahu terus.
Anggun hela nafas panjang.
"Mengeluh? Kau mengeluh ya aku doakan kau berjodoh dengan Raja Muda? Agak lain kau ya? Kau nak aku doa kau berjodoh dengan buaya darat ke? Baru tahu langit tu tinggi ke rendah." Sephia memarah manja.
"Astaghfirullah Al Azim... semoga dijauhkan." Anggun menggeleng kepala.
"Tahu tak apa... eh ni! Tadi, tiktok Istana Melaka ada up video baru. Video Armada tengah petik bunga. Lepastu kau tahu caption Istana Melaka macam mana?" Sephia tahan diri agar tidak terlalu teruja. Sudahlah dia berada di tempat awam sekarang.
Anggun berdehem sekali dua.
"Caption dia macam mana?" soal Anggun, selamba.
"Ele... cakap je la nak tahu. Sekejap, aku hantar link video pada kau." Sephia buka aplikasi tiktoknya, lantas kongsi pautan video itu pada Anggun.
"Itu, kau tengoklah sendiri. Aku yang blushing!" Sephia tampar peha sendiri, bibir sudah diketap untuk tahan senyum.
Anggun buka pautan yang Sephia beri. Pautan itu bawa Anggun ke video yang Sephia katakan. Baru Anggun tahu, Istana Melaka pun ada akaun tiktok sendiri. Lebih maju berbanding Anggun.
Dalam video itu, terpampar susuk Armada sedang petik bunga di sebuah taman, ditemani para pekerja dan pembantu serta pengawal Armada. Begitu khusyuk Armada petik satu demi satu bunga dan susun bunga itu ke dalam pasu lutsinar di tangannnya.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...