73

4.6K 276 38
                                    

Tengku Sakti Armada pakai jam tangan kegemarannya di tangan kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada pakai jam tangan kegemarannya di tangan kanan. Anggun yang masa itu sedang sibuk menggayakan tudung dihadapan cermin menjadi tujuan mata Armada.

"Love, abang turun dulu, boleh?" Armada meminta izin. Ada benda yang ingin Armada lakukan jadi dia mahu turun lebih awal berbanding Anggun.

"Boleh, pergilah," sahut Anggun. Anggun tak kesah sebenarnya. Mereka tetap akan berjumpa di bawah nanti.

Armada berdiri dibelakang tempat duduk Anggun. Riak serius isterinya di pandang untuk seberapa ketika sebelum Armada cium kepala sang isteri yang berlapik kain hijab.

Spontan, Anggun tersenyum lebar. Terhenti sekejap tangan Anggun daripada melilit selendang tersebut. Anggun dongak kepala, memandang Armada yang sedang berdiri tegap dibelakang.

Tanpa sebarang suara, Armada kucup dahi Anggun pula. Makin berterabur rama-rama dalam perut Anggun. Menggila setiap satu rama-rama itu menyucuk lapisan perut Anggun.

"I love you Lily," ucap Armada manis sebelum hayun langkah untuk keluar daripada bilik.

Anggun kembali pandang ke hadapan, merenung wajah sendiri melalui pantulan cermin. Begitu mudah Armada luluhkan hati Anggun. Alahaih suami.

Langkah Armada pantas, menuju terus ke anjung istana. Riffat ada, begitu juga dengan Faeez, Ali dan juga Daim. Inilah tujuan Armada sekarang.

"Riffat, Daim, Ali dan Faeez." Armada panggil keempat-empat pengawal Anggun, mahu mereka berdiri dihadapan Armada.

Pantas keempat mereka berubah tempat, berada terus dihadapan Raja Muda Melaka.

"Macam yang kau orang tahu, hari Sabtu ni Anggun akan mulakan latihan perubatan dia di hospital besar Melaka. Maksudnya, jadual korang juga akan bertukar." Armada terus beri mukadimah.

"Korang berempat akan bergilir-gilir ke hospital pada setiap hari, jaga Anggun daripada jarak jauh sahaja. Bila aku cakap jarak jauh, maksudnya jarak jauh. Kalau boleh, tak perlu tunjuk diri kau orang pada Anggun pun. Biarlah Anggun tu bekerja sambil anggap dia tidak diperhatikan sesiapa"

"Jadual baharu akan diberikan pada kau orang tepat pukul 8 malam ini. Kau orang tengok betul-betul jadual tu dan itulah waktu bekerja kau orang sepanjang Anggun jalani housemanship di hospital. Tak boleh tukar, tak boleh sesuka hati ubah. Kalau kau mahu cuti, pastikan beritahu satu minggu awal. Kalau kecemasan, itu cerita lain"

"Anggun akan memandu sendiri sepanjang latihan perubatan jadi aku akan sediakan motosikal dan kereta untuk kau orang, kau orang boleh ulang alik naik motosikal atau kereta, ikutlah keselesaan masing-masing. Yang penting, isteri aku terjaga dan bebas sepanjang di hospital. Jika berlaku apa-apa, hubungi aku terus." Lengkap arahan Armada. Tiada cacat cela di mana-mana.

"Faham Tuanku," jawab kesemuanya serentak apabila sedar Armada sudah selesai beri arahan.

Sementara di ruang penempatan, Anggun tutup pintu bilik tidurnya bersama Armada. Bersiap cantik Anggun hari ini, teruja mahu ke pusat beli belah punya fasal.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now