Melilau mata Tengku Sakti Armada, ingin cari sang isteri di dalam istana. Ke mana saja wanita itu pergi? Armada baru beralih pandangan tidak sampai lima minit tetapi Anggun sudah pun hilang daripada pandangan mata.
Tengku Panji dan Tengku Teja masih berada di ruangan khemah tertutup di mana majlis santapan diadakan. Masih ada beberapa tetamu yang perlu dilayan. Budi serta Bima juga berada di tempat yang sama, berbual sakan dengan sepupu masing-masing seolah tiada hari esok.
Armada dekati seorang pekerja yang berada di balai utama istana. Pekerja itu terlihat sedang membersihkan bahagian balai, menyusun kerusi tetamu agar tepat ditempatnya.
"Nampak Lily tak?" Armada bertanya pada pekerja wanita itu.
Pekerja tersebut beri penghormatan terlebih dahulu saat sedar Raja Muda yang menegurnya.
"Maaf Tuanku tapi siapa Lily?" pekerja itu menyoal semula.
"Maksud saya, Anggun. Di mana Anggun?" Armada bertanya. Lupa pula yang pekerja istana tidak tahu Armada gelar Anggun sebagai Lily.
"Oh Puan Anggun tadi terlihat masuk ke balai menunggu, Tuanku. Mungkin ke ruang legar istana atau ke dapur? Mungkin juga lihat ruang penempatan dalam istana." Pekerja itu memberitahu.
Armada hanya mengangguk, lantas keluar daripada balai utama ini. Reka bentuk Istana Melaka ini agak luas dan terdapat bermacam ruangan. Tetapi jika orang masuk daripada pintu utama, mereka akan berjumpa dengan tiga balai.
Balai ketibaan istana iaitu tempat di mana tetamu asing diletakkan jika mahu bertemu dengan keluarga diraja. Bersebelahan balai ketibaan, terdapat balai menunggu. Tetamu yang dikenali akan ditempatkan di balai tersebut jika mahu menunggu keluarga diraja negeri Melaka.
Balai ketiga merupakan balai utama. Balai utama ini digunakan jika adanya majlis-majlis rasmi diraja. Ruangnya jauh lebih besar dan luas, selesa jika diadakan apa-apa majlis di dalamnya.
Balai utama serta balai ketibaan tidak bersambung dengan mana-mana ruangan istana. Tetapi balai menunggu bersambung dengan ruang penempatan istana yang jauh lebih luas daripada rumah banglo dua tingkat.
Terdapat pintu kecil yang menghubungkan balai menunggu dan ruang penempatan. Pintu itu di gelar pintu rahsia kerana sesiapa yang tidak pernah masuk ke istana takkan dapat lihat pintu tersebut memandangkan corak pada daun pintu itu sebiji sama seperti dinding ruangan.
Ruang penempatan merupakan rumah buat keluarga diraja yang sedang bertakhta sekarang. Disitulah terletaknya ruang beradu, bilik air, ruang memasak, ruang bekerja dan pelbagai lagi. Reka bentuknya sama seperti rumah biasa tetapi jauh lebih mengekori dekorasi tradisional.
Naik lenguh kaki Armada berjalan di sekitar ruang penempatan. Daripada satu ruangan ke satu ruangan, tidak juga Armada lihat kelibat sang isteri. Akhirnya Armada bergerak ke dapur istana, manalah tahu Anggun sedang basahkan tekak di sana.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...