67

2K 173 6
                                    

Alan masuk ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan kenderaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alan masuk ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan kenderaan. Pintu di tutup sebelum Alan tarik pinggang keledar untuk lindungi diri.

Pemandu peribadi Budi sudah bersedia hendak mulakan pemanduan. Ketika kereta pengiring bergerak sahaja, gear kereta lantas bertukar pada D, lambat-lambat kenderaan pacuan empat roda ini membelah jalan raya untuk ke muzium perang Melaka.

Sepanjang perjalanan, Budi hanya buang pandangan ke luar. Entah kenapa, amarah dalam jiwanya tercetus saat lihat bagaimana Riffat semudah itu mahu sentuh tubuh Anggun.

Memang benar, Riffat tidak berniat untuk sentuh tubuh si wanita dan hanya betulkan tudung. Tetapi ia bukan skop kerja Riffat. Memegang Anggun untuk melindungi dan menyentuh dengan sengaja adalah dua perkara yang berbeza.

Dihadapan Budi sendiri Riffat berani lakukan perkara tersebut. Maksudnya... daripada awal Riffat sudah dibiasakan menghampiri Anggun lebih daripada sekadar majikan. Hati Budi rasa tidak sedap.

Alan berdehem sekali dua, hendak bersihkan tekak. Perkara itu membawa Budi kembali ke dalam kereta. Tiba-tiba saja Budi termenung jauh. Hati Budi beristighfar kecil, tak mahu wujudkan sangka buruk terlalu awal.

Budi toleh kepala, pandang wajah Anggun yang sedang sibuk menunduk kepala, bermain dengan jari jemari sendiri. Apa yang Anggun fikirkan sekarang bukanlah tentang situasi yang terjadi di anjung istana tetapi Anggun sibuk fikirkan tentang Armada.

Apabila naik kereta begini, Armada biasanya akan sentuh tangan Anggun dan bermain dengan jari jemari Anggun. Tapi sekarang Armada tiada. Tiba-tiba pula Anggun rindukan kehadiran susuk suaminya di sebelah.

Budi nampak akan perubahan wajah Anggun. Budi tahu apa puncanya. Laju saja tangan Budi keluarkan telefon bimbit lalu dail nombor Armada. Budi sendiri tidak faham. Dah kalau rindu itu, hubungi saja, tak perlu simpan seorang diri. Nama pun kekasih halal. Kalau pasangan bercinta itu lainlah.

Budi rapatkan telefon ke telinga. Anggun langsung tidak sedar dengan tindakan Budi, sibuk sangat mengingati Armada. Selepas beberapa deringan, talian itu akhirnya bersambung.

"Assalamualaikum." Budi menyapa Armada seperti selalu.

"Waalaikumussalam." Agak berat suara Armada menjawab.

"Ada orang nak cakap dengan kau." Ringkas pemberitahuan Budi. Tidak sampai sesaat, tangan Budi menghulurkan alat peranti leper itu pada Anggun.

Tubuh Anggun terenjut, terkejut apabila ada tangan tiba-tiba melintas pandangan. Anggun pandang wajah Budi sekilas sebelum kerling layar telefon.

Abang Armada

Nampak saja nama kontak di layar, Anggun terus koyak senyum lebar. Anggun ambil huluran Budi dan segera ambil alih perbualan telefon tersebut.

"Sakti." Anggun sebut nama si jejaka, mahu beri Armada tahu yang bercakap sekarang adalah isteri lelaki itu.

"Hello sayang..." melirik suara Armada tegur sang isteri. Gembira apabila dapat dengar suara Anggun selepas berejam berpisah dengan Anggun.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now