Anggun Lilyann terpaku di tempat dia berdiri sebaik nampak hidangan makanan yang begitu mengiurkan tekak Anggun. Anggun sebenarnya tidaklah begitu lapar tetapi sebaik nampak makanan-makanan ini, perut Anggun terus menjerit minta di isi.
"Wah..." hanya itu yang keluar daripada mulut Anggun sekarang.
"Semua menu ni wujud kerana kami beri cadangan yang sangat bernas," kata Bima kepada Anggun.
"Oh maksudnya Tengku Bima dan Tengku Budi yang request semua ni?" Anggun lihat wajah Budi dan Bima bersilih ganti.
"Tak payah bertengku sangatlah dengan kitaorang, Anggun. Kitaorang bukannya batu sungai yang orang berpantang guna untuk tungku perut." Budi beri lawak bapa-bapanya pada Anggun.
Anggun tertawa kecil. Armada yang hairan dengan Anggun sekarang ni. Jenaka seringkas itu pun boleh wujudkan tawa ke buat Anggun? Pada Armada, guraun Budi itu sangatlah tidak cerdik.
"Duduk, Anggun," pelawa Tengku Teja.
"Ya aunty." Anggun ambil tempat di sebelah Tengku Teja.
Budi dan Bima terus tarik kerusi di sebelah Anggun. Tidak fasal-fasal, kedua beradik ini saling tampar lengan satu sama lain kerana berebut ingin duduk di sebelah Anggun.
"Aip, Budi dan Bima duduk di tempat yang bertentangan dengan Anggun. Biar Armada duduk di sebelah Anggun." Tengku Teja tegur anak kembarnya.
Selesai masalah. Kalau dua-duanya sibuk bergaduh, kedua-dua mereka takkan dapat duduk di sebelah Anggun. Biarlah Armada duduk di sebelah calon isterinya.
Armada lihat wajah tidak puas hati Budi serta Bima. Ketika kedua beradik itu memandang wajah Armada, Armada lantas koyak senyum tipis, kononnya mahu ejek Budi dan juga Bima. Makin panaslah hati si kembar ini.
"Semua ni, aunty masak ke?" Anggun lihat wajah Tengku Teja di sebelah.
"Ya, aunty mahu Anggun rasa air tangan aunty. Anggun makan tau, makan kenyang-kenyang." Tengku Teja memberi pesanan.
Anggun hanya mengangguk. Kalau tak suruh makan kenyang-kenyang pun, Anggun tetap akan sumbat semua benda ke dalam mulut kerana semuanya tampak begitu sedap!
Mereka biarkan Tengku Panji ambil makanan dahulu sebelum lima yang lain bangun untuk ambil makanan yang mereka mahu. Anggun mulakan dengan kuih yang ada sebelum cedok makanan berat ke dalam pinggan.
Sebelum mula makan nasi yang di ambil Anggun, Anggun sempat kerling pada pinggan Armada. Kosong saja pinggan lelaki itu.
"Tengku nak saya ambilkan apa-apa makanan ke?" Anggun cuba bertingkah baik. Daripada tadi Anggun asik bercakap dengan Budi dan Bima saja, nak juga Anggun dengar suara Raja Muda kegilaan wanita ini.
Armada lihat pinggannya sebelum menggeleng kepala. Pandailah Armada ambil makanan jika dia mahu. Anggun hanya mengiyakan. Orang dah pelawa tapi di tolak. Keistimewaan takkan datang dua kali.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...