Anggun Lilyann masuk ke dalam balai utama istana. Dekorasi perkahwinan mereka masih belum di buka, pelamin juga masih kekal di sana, terlihat cantik menghiasi balai utama ini.
Anggun berjalan di atas karpet merah yang terbentang, menuju terus ke kerusi pelamin yang diduduki oleh Anggun serta Armada saat majlis tidak sampai satu jam. Anggun duduk bersandar, ingin tenangkan diri.
Riffat Rizqullah masuk ke dalam ruangan yang sama, berdiri agak jauh daripada Anggun. Kalau ikutkan, Riffat tak perlu mengekor Anggun saat Anggun berada dalam istana. Keselamatan Anggun terjamin saat berada dalam istana tapi susuk Riffat langsung tak jauh daripada Anggun.
"Anggun!" Budi jerkah Anggun sebaik tiba di balai utama.
"Kenapa Budi?" Anggun membalas dengan baik.
Bertukar pula nada si Budi ni. Tadi bukan main lembut.
"Karok jom malam ni," ajak Budi tak semena-mena.
"Karaoke?" Anggun tertawa kecil. Ini benar-benar melangkaui pemikiran Anggun. Tak sangka anak Sultan juga suka berkaraoke.
"Jom la. Sephia ikut." Budi mengajak, pancing Anggun menggunakan nama sepupunya.
"Oh Sephia ikut pula? Bukan kau orang asik bergaduh je ke bila jumpa?" Anggun memerli.
"Ala... gaduh-gaduh pun, sepupu sendiri juga. Ikut ya malam ni?" Budi jongketkan kedua belah keningnya.
"Jap... tanya encik suami." Anggun keluarkan telefonnya. Senyuman Anggun menyimpan beribu usikan buat Budi.
Budi guling mata ke atas. Tangan sudah naik mencekak pinggang. Anggun rapatkan telefon ke telinga sebaik nombor Armada di dail.
"Kalau Armada tak bagi, Anggun tak pergi ya," ujar Anggun.
"Ah takda. Goda laki kau sampai dia bagi." Budi tatap Anggun dengan tajam.
"Aku pula kena goda dia?" Anggun buat muka.
"Lepastu takkan aku pula, Anggun oi? Ingat, selit dalam kepala, aku ni beriman. Pelangi pelangi ni, tak mainlah." Budi geleng kepala.
Pecah tawa Anggun. Tak habis-habis lagi dengan iman dia tu. Daripada Anggun belum kahwin sehingga sudah sah jadi isteri Armada, perkataan iman itu tak henti disebut.
"Assalamualaikum Lily." Suara berat Armada menyapa gegendang telinga.
"Waalaikumussalam, Sakti. Saya tak ganggu kan?" Anggun memanja terlebih dahulu.
"Tak. Sakti dan Malik tengah cari hotel untuk tidur malam ni. Sakti tak boleh balik malam ni, love. Ada hal lagi esok." Armada kerling jam tangan, jarum jam juga sudah menunjukkan pukul 4:30 petang.
"Tak apalah, ambil masa Sakti. Ini... Anggun nak tanya, nak minta izin sekali. Budi ajak saya pergi karaoke dengan Sephia malam ni. Boleh ke kalau saya nak pergi? Please..." perkataan akhir itu wajib di sebut oleh Anggun jika mahu apa-apa daripada Armada.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...