09

2.2K 157 0
                                    

Tengku Teja duduk di meja solek, selesaikan pemakaian segala produk pada wajahnya sebelum akhiri dengan sapuan losyen pewangi pada bahagian lengan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Teja duduk di meja solek, selesaikan pemakaian segala produk pada wajahnya sebelum akhiri dengan sapuan losyen pewangi pada bahagian lengan tangan.

Susuk Tengku Panji yang sedang duduk di sebuah sofa dalam bilik mereka menjadi santapan mata Tengku Teja. Tengku Teja lihat saja suaminya itu membelek telefon.

"Abang, macam mana dengan Anggun? Apa yang abang rasa tentang Anggun?" Tengku Teja pecahkan sepi di antara mereka berdua.

Tengku Panji berhenti melihat telefon. Telefon pintar miliknya diletakkan di atas peha sebelum Tengku Panji balas lirikan mata sang isteri.

"Keluarganya bagus. Bapanya hebat, abangnya juga hebat. Dua-dua pegawai itu ada rekod yang bagus apabila melibatkan pekerjaan mereka. Sama juga dengan ibu Anggun. Sebuah keluarga yang ada nama, berduit dan berkarisma"

"Anggun ni... orangnya membawa perwatakan yang lembut tetapi masih ada ketegasan. Mungkin kerana dia dibesarkan oleh askar jadi tegas itu tetap terselit di balik diri dia. Dalam kelembutan, Anggun tampak teratur, kemas dan juga susah untuk di gapai. Bukan semudah itu untuk berteman baik dengan Anggun. Tak semudah itu juga mahu ambil hati dia"

Tengku Panji menjawab persoalan isterinya dengan sangat teliti.

"Kalau abang tanya Teja, Teja cuma boleh cakap Anggun adalah seorang wanita yang Teja yakin, dia sesuai jadi isteri buat Armada. Sephia tak salah, Anggun hanya sesuai dipasangkan dengan Armada dan bukannya dengan Budi mahupun Bima." Tengku Teja beritahu pula tentang apa yang berlegar difikirannya.

"Memang tak sesuai kalau Anggun tu dipasangkan dengan Budi atau Bima. Abang tak nampak keserasian mereka. Kalau setakat adik dan kakak ipar, mungkin mereka boleh ngam." Tengku Panji tersenyum saat bayangkan perkara yang mustahil berlaku.

"Bukan mungkin, memang boleh ngam. Mereka sesuai jadi adik beradik atau sahabat tapi kalau sebagai pasangan, sikit pun tak sesuai. Tapi itulah... satu hal pula kita perlu pujuk Armada untuk berbaik dengan Anggun. Abang tak nampak macam mana Anggun berubah sugul lepas bercakap dengan Armada? Entah apa yang Armada cakap pada Anggun sehingga rosakkan emosi gadis muda itu." Tengku Teja mengeluh kecil.

"Abang perasan juga, Anggun kurang gembira lepas bercakap dengan Armada. Armada pula bila dengan Anggun, memanjang tunduk kepala. Cakap tak mahu, pandang muka pun tak mahu. Kalau kita je yang rasa meraka serasi tapi Armada menolak, takda guna juga, Teja." Tengku Panji mengingatkan isterinya.

"Tapi sampai bila, abang? Sampai bila kita mahu iyakan saja apa yang Armada lakukan sekarang. Abang tengok sajalah, Armada tolak hampir semua majlis yang dia boleh sertai dan bermesra dengan rakyat. Itu bukan sikap pemimpin yang baik, abang"

"Sekarang, kita berdua masih ada, dapat juga kawal pergerakan Armada dan tarik minat rakyat dengan tingkah kita yang selalu turun padang. Tapi jika satu hari nanti kita ditakdirkan tiada, Armada pula tak turun padang dan lihat rakyat, rakyat boleh murka pada Armada." Tengku Teja membebel panjang.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now