Tengku Sakti Armada akhirnya dapat boloskan diri ke dalam kenderaan khas milik Raja Muda Melaka. Sejuk penghawa dingin lantas menerpa Armada yang sedang segak berpakaian tentera udara sejak pagi tadi.
Armada duduk bersandar sebentar. Lama juga dia berada di kem ini. Sejak mereka tiba sehinggalah sekarang, jam menunjukkan pukul 5 petang. Agaknya, tugasan turun padang Budi dan Anggun juga sudah selesai.
"Tuanku, kita akan bergerak sekarang." Malik bercakap dengan Armada sambil memandang cermin pandang belakang kereta.
"Hm." Armada hanya menjawab semahunya, cukup sekadar beri tanda bahawa Armada bersedia untuk bergerak sekarang.
Ketika Malik sibuk fokus dengan pemanduan, Armada buat keputusan untuk keluarkan telefon pintar, ingin lihat lokasi Anggun sekarang. Rasanya Armada tak ada terima apa-apa pesanan atau panggilan daripada Anggun.
Armada tidak terasa saat sedar sang isteri langsung tidak tinggalkan mesej buat Armada. Armada tahu, Anggun tak nak ganggu Armada sepanjang di kem. Lagipun, mereka sudah bercakap dalam telefon selepas zohor tadi. Kedua-duanya sibuk dengan tugas harian masing-masing.
'Isteri abang masih di sana...' gumam hati Armada ketika nampak lokasi telefon Anggun masih berada di muzium tersebut.
Lokasi kenderaan Tengku Putera Mahkota juga tidak beralih sejak tadi. Sah lah, mereka berdua masih di muzium. Mungkin sedang di jamah makanan.
Armada buka aplikasi cuaca pula, mahu lihat cuaca di Melaka sekarang. Lambat-lambat kerutan wujud pada wajah Armada.
36 darjah celcius?
Pada pukul lima petang begini?
"Malik, pusing. Kita balik ke Melaka." Armada terus keluarkan arahan pada Malik.
Malik tercengang seketika. Alamak, tiba-tiba saja Armada minta tukar laluan. Jika Malik bawa Armada saja tak apa, ini kereta pengiring dihadapan dan dibelakang perlu turut diberitahu yang mereka akan pulang ke Melaka. Barulah mudah untuk mereka.
"Baik Tuanku." Malik tetap cari cara untuk beri apa yang Armada inginkan.
Malik tutup signal berkembar yang di buka lalu perlahankan kenderaan. Lampu signal sebelah kiri dihidupkan membuatkan para kenderaan di sana beri laluan pada kereta Raja Muda Melaka ini untuk berhenti di bahu jalan.
"Malik, Kalam ni." Suara Kalam kedengaran daripada alat pembesar suara dalam kenderaan Armada.
Armada buat tidak endah. Retilah Malik menyelesaikannya. Armada mahu hubungi Budi terlebih dahulu.
"Raja Muda mahu pulang ke Melaka. Di minta pengiring kereta satu dan dua untuk pusing semula dan dapatkan kami di sini. Pengiring kereta tiga dan empat masih berada dibelakang kami." Malik beritahu akan maklumat baharu menggunakan alat elektronik yang berada dalam kenderaan Armada serta para pengiring.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...