Tengku Sakti Armada dan Anggun Lilyann keluar daripada salah satu butik terkenal yang berada di tengah bandar Kuala Lumpur. Kalam mengekori kedua mereka dari belakang sambil bawa baju persandingan Armada dan Anggun untuk esok hari.
"Beri pada Ali dan Khair. Letakkan dalam kenderaan mereka." Armada memberi arahan pada Kalam.
"Baik Tuanku"
"Abah dan mama dah check in hotel. Mereka dah tengok perhiasan di ballroom, cantik katanya." Anggun memberitahu seraya simpan telefon dalam beg tangan.
"Lily mahu ke hotel sekarang?" Armada bertanya akan perancangan mereka seterusnya.
Baju sanding sudah di ambil jadi mereka lapang tika ini, tiada apa-apa yang perlu mereka lakukan.
"Macam awal lagi." Anggun lihat waktu sekarang. Baru pukul 2 petang. Tiba di hotel terlalu awal untuk apa? Duduk saja?
Armada hanya diam, menanti apa yang Anggun mahukan sekarang.
"Saya tahu satu kafe di Kuala Lumpur ni, dia serve pelbagai jenis makanan. Nak makan di sana tak?" Anggun bertanya pada Armada.
"Mahu." Sepatah sahaja jawapan Armada tetapi mampu buat Anggun rasa seronok.
"Masuk kereta. Nanti beri alamat pada Malik." Armada menyuruh. Tangan Armada sudah berada di atas kepala Anggun, lindungi kepala sang isteri agar tidak terantuk.
Senang hati Anggun masuk ke dalam perut kereta. Anggun baru saja mahu cari alamat kafe itu di internet tetapi panggilan yang diterima daripada Bima membantutkan niat si gadis.
"Assalamualaikum, Anggun." Bima menegur terlebih dahulu. Pandangan terbuang ke arah luar tingkap.
"Waalaikumussalam, ya Bima"
Tertoleh kepala Armada apabila dengar nama adiknya di sebut. Anggun sedang bercakap di telefon bersama Bima rupanya.
"Kami dah sampai Kuala Lumpur. Walid dan bonda macam biasa, mahu jumpa dengan abah dan mama Anggun. Tapi Bima ingat tak mahu join mereka. Anggun dan abang kat mana sekarang? Bima nak join korang berdua, boleh ke?" Bima bertanya dengan begitu baik. Maklumlah, mahu menyibuk dengan pengantin baru kan.
"Boleh, jom la. Kami baru je nak pergi makan ni, dekat area KL juga." Anggun tak fikir lama untuk menjawab. Anggun yakin, Armada juga pasti tidak kesah jika adiknya ada bersama.
"Apa nama kedai makan tu?" Bima pegang perut sendiri. Bagus juga mereka bertemu di tempat makan, perut Bima sudah menjerit minta di isi.
"Nanti Anggun send alamat pada Bima. Bima ajaklah Budi sekali. Merajuk pula Budi tu kalau kita tinggalkan dia," kata Anggun.
"Okay, Anggun"
Anggun tersenyum kecil sebelum akhiri panggilannya bersama Bima. Anggun lihat semula layar telefon, mahu sambung mencari alamat yang tergendala. Tidak sampai satu minit, Anggun terima pula panggilan daripada Althaf.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...