26

2.3K 146 0
                                    

Anggun Lilyann turun ke bawah bersama telefon pintar di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann turun ke bawah bersama telefon pintar di tangan. Gadis ini tidak singgah ke tempat lain dan terus berjalan menuju ke dapur rumah.

"Sedapnya bau... jadi ke mama?" Anggun terus tegur sang ibu sebaik lihat Puan Murni susun biskut yang sudah sejuk ke dalam bekas kosong.

"Anggun yang buat, mestilah jadi." Puan Murni menjawab sambil puji sang anak.

Senyuman Anggun semakin lebar. Gadis ini letak telefon di atas kabinet dapur sebelum hampiri Puan Murni.

"Meh, Anggun buatkan." Anggun pelawa diri, hendak susun biskut ke dalam bekas yang Puan Murni pilih.

"Eh Anggun dah siap cantik-cantik, tak perlulah buat. Biar mama aje yang siapkan." Puan Murni menolak dengan baik.

"Mama pun dah siap cantik-cantik apa." Anggun menapak beberapa langkah ke belakang, nilai pakaian yang dikenakan oleh ibunya sekarang.

"Mama tak apa. Mereka datang bukan untuk tengok mama. Mereka mahu jumpa dengan Anggun." Puan Murni membalas.

"Tak ada maknanya. Mereka nak jumpa Anggun, maksudnya mereka nak jumpa mama jugalah. Lagipun harini mereka datang sebab nak berbincang dengan keluarga, bukannya ada apa pun." Anggun tak mahu Puan Murni merendah diri.

Hanya kerana Anggun bakal berkahwin dengan Raja Muda tak bermakna seluruh keluarga Anggun perlu diletakkan ke tepi. Anggun tahu, Tengku Teja dan Tengku Panji takkan buat begitu. Jadi Anggun tak mahu abah atau mamanya rasa merendah diri terlalu kerap.

"Tengok, dah siap pun mama susun dalam balang." Puan Murni tunjuk pada Anggun bekas yang sudah penuh berisi biskut yang di buat sendiri oleh Anggun.

Anggun tersenyum kecil.

"Dapur ni biar Anggun yang kemas. Mama pergi duduk depan. Tunggu mereka sampai." Anggun tak tunggu kebenaran daripada Puan Murni. Laju aje tangan Anggun bawa semua alatan kotor ke sinki untuk si basuh.

Puan Murni geleng kepala. Inilah rutin Anggun sejak pulang daripada United Kingdom. Memasak, membuat makanan manis, kemudian kemas sepah yang di buat sendiri. Bosan sangatlah tu di rumah sehingga isi masa dengan kerja-kerja yang jarang di buat sebelum ni.

"Mama, mereka dah sampai." Suara Althaf menegur kedengaran di gegendang telinga Puan Murni serta Anggun.

"Oh dah sampai. Anggun, mari. Keluarga Tengku Armada dah sampai." Puan Murni cuit pinggang anak daranya.

"Mama pergi dulu, Anggun keluar sekejap lagi." Anggun berkata dengan baik.

Biarlah keluarga mereka saling bertemu dahulu. Anggun mahu selesaikan mengemas dapur ini. Lagipun jika semua ke depan dan layan tetamu, siapa yang mahu hidang air serta makanan pada tetamu mereka?

Puan Murni bergegas ke depan bersama Althaf. Kali ini, kehadiran keluarga diraja Melaka di sambut bersama senyuman bahagia. Makin riuh kedua keluarga ini ketika bertemu jika mahu dibandingkan dengan pertemuan pertama mereka.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now