[BELUM REVISI]
Cerlungan mata Tengku Sakti Armada tidak beralih daripada terus memerhatikan susuk Anggun yang sedang berusaha dengar penerangan Emelda. Sungguh-sungguh Emelda ajar Anggun cara untuk naiki kuda sebesar Tris.
Anggun pula terlihat teruja benar hendak naiki dan duduk di atas Tris. Tak menyabar, seperti budak-budak sungguh. Mujurlah Emelda rajin melayan Anggun yang banyak mulut dan tingkah itu.
"Kalam." Armada seru nama pembantu peribadinya yang sedang berdiri di sebelah Armada sejak tadi.
"Ya Tuanku"
"Aku mahu rakaman CCTV di balai menunggu sejak aku dan Anggun masuk ke balai itu. Rakaman pagi tadi, aku mahu." Armada beri tugas baharu untuk Kalam. Jika boleh, pulang saja mereka daripada sini, Armada mahu terus lihat rakaman itu.
"Baik Tuanku." Kalam terima. Bukannya sukar mahu dapatkan rakaman itu. Kalam cuma perlu minta pada pekerja bilik kawalan. Sepantas kilat mereka beri pada Kalam.
Armada berdiri di situ buat beberapa minit sebelum orak langkah dan jadikan Riffat sebagai tujuan. Riffat sedang berdiri di suatu tempat yang agak jauh daripada tempat Anggun.
Riffat hanya perhatikan Anggun daripada jarak yang jauh kerana saat ini Riffat benar-benar rasa dia tidak diperlukan. Armada sibuk sangat mahu ambil alih tugasan Riffat jadi biarlah Riffat berdiri jauh daripada Anggun.
Lambat-lambat, Riffat perasan akan kelibat Armada yang semakin hampir. Riffat kekal berdiri tegak bersama kedua belah tangan dibelakang tubuh.
Armada berdiri di sebelah Riffat, menghadap padang luas dan melihat terus ke arah Anggun yang sudah berjaya naiki tubuh Tris. Lebar betul senyuman Anggun. Walaupun daripada jarak yang jauh, Armada dan Riffat tetap nampak akan senyuman lebar dan bahagia si wanita.
Ia sungguh menenangkan jiwa kedua jejaka ini.
Riffat paksa diri untuk menoleh seketika. Kedua belah telapak tangan dirapatkan sebelum bawa rapat ke pangkal hidung. Riffat beri penghormatan walaupun sudah agak lama Armada berdiri di sebelah Riffat.
"Riffat, aku ada benda sikit mahu tegur kau. Lebih pada sampaikan pesanan isteri aku pada kau." Armada silang tangan ke dada, memeluk tubuh. Tak sedikit pun anak mata Armada mengerling pada Riffat di sebelah.
Riffat hanya diam, menanti bicara lanjut daripada Armada.
"Anggun tak selesa bila kau sentuh dia. Anggun tak suka bila ada tangan lain yang menyentuh tubuh badan dia. Aku tahu, tugas kau adalah untuk lindungi Anggun tapi jangan terlalu kerap pegang Anggun. Anggun tak gemar." Armada tegur Riffat akhirnya.
Sudah lebih satu minggu Anggun minta tolong pada Armada agar tegur Riffat untuk tidak sering menyentuh Anggun. Tetapi Armada tak terus berjumpa Riffat dan menegurnya kerana Armada mahu lihat dahulu setiap tingkah laku Riffat. Betul ke Riffat suka-suka saja menyentuh tubuh si gadis.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...