11

2.4K 146 7
                                    

Mata Armada serta Anggun saling bertemu, menceritakan perasaan masing-masing melalui lirikan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Armada serta Anggun saling bertemu, menceritakan perasaan masing-masing melalui lirikan tersebut.

Armada dapat baca dengan jelas akan pandangan mata Anggun. Anggun sedang marah, mungkin ayat Armada tadi letuskan gunung berapi dalam jiwa Anggun.

Namun, Anggun tidak dapat baca pandangan mata Armada. Apa yang Armada sedang rasakan sekarang? Marah ke lelaki ini? Kecewakah dia? Terkilan ke dia bila di tolak buat kali kedua oleh Anggun? Anggun tidak tahu!

"Flight Lily pukul 4 petang, betul?" Armada ubah topik perbualan mereka. Tiada lagi soal perkahwinan mahupun lamaran. Penolakan Anggun tadi begitu jelas. Tak guna lagi Armada bertanya.

"Hm." Endah tidak endah Anggun menjawab.

"Maksudnya Lily akan naik ke kapal terbang pukul 3 petang. Sekarang baru pukul 12 tengah hari. Mahu berjalan di luar?" Armada cuba untuk lakukan sesuatu yang boleh redakan amarah Anggun. Armada tak mahu Anggun pulang ke tempat belajarnya dalam keadaan memarah begini.

"Kalau berseorangan, mungkinlah saya mahu," jawab Anggun.

"Kenapa tak boleh jalan berdua dengan I? I bukannya mahu buat benda yang bukan-bukan pada you. Lagipun ini tempat awam." Kening Armada agak berkerut.

"Tengku sendiri dah jawabkan bagi pihak saya. Ini tempat awam, Tengku. Ramai yang kenal Tengku di sini. Saya tak mahu esok pagi, saya bangun dan lihat muka saya terpampar di sosial media. Mati saya kalau mak ayah saya nampak perkara macam tu," tegas Anggun.

"Itu gunanya pengawal peribadi. Lagipun, I percaya, I tak begitu dikenali bila berada di luar Melaka." Armada cuba untuk pujuk hati Anggun agar berjalan di luar bersama Armada.

Anggun tersenyum tipis.

"Tak perlulah merendah diri sampai begitu sekali. Saya sebagai rakyat biasa boleh nampak betapa terkenalnya Tengku dikalangan wanita. Saya lebih yakin dengan firasat saya yang mengatakan Tengku lebih terkenal daripada apa yang Tengku fikir." Anggun masih keras kepala.

"Kemudian? You nak duduk sini sehingga pukul tiga ke, Lily?" Armada mahu tahu, apa sebenarnya yang Lily mahukan.

"Tak, saya tak mahu duduk di sini sehingga tiga petang. Jadi boleh tak Tengku pulang sekarang? Saya mahu berjalan bebas dalam airport ni." Ini bukan permintaan tetapi arahan Anggun buat Armada.

"Jalan dengan I, I akan pastikan muka you takkan viral di mana-mana pelosok media." Armada yakin dengan kemampuannya serta kemampuan pengawal peribadi Armada.

"Jalan dengan Tengku untuk apa? Pergi mana? Saya nak buat aktiviti orang muda ni." Anggun mula penat beri alasan demi alasan.

"I masih muda." Armada tidak putus asa.

Terhembur tawa Anggun saat dengar Armada ucapkan ayat tersebut. Armada termangu di tempat dia berdiri.

"Angkat bakul sendiri ke?" soal Anggun bersama tawa kecil.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now