Anggun Lilyann sebutkan namanya pada penjaga utama ruang istirahat peribadi yang berada dalam lapangan terbang ini. Daripada ekor mata, Anggun seolah nampak kelibat seorang jejaka hampiri ruangan ini.
"Baik terima. Cik Anggun boleh masuk ke dalam dan layan diri ya." Pekerja itu memberi kebenaran pada Anggun sebaik pastikan nama Anggun benar-benar ada di dalam sistem mereka.
"Terima kasih." Laju saja kaki Anggun menapak, cari meja dan kerusi yang agak jauh dari orang dalam ruang istirahat peribadi ini.
Benar sangkaan Anggun, jejaka yang Anggun nampak melalui ekor mata itu merupakan Tengku Armada. Anggun dapat lihat dua orang pengawal Armada setia berada di belakang si Raja Muda. Memang tidak bebas langsung.
"Kau orang berdua duduk saja di luar ruangan, perhatikan aku daripada luar saja. Aku mahu berbual berdua dengan Anggun." Armada keluarkan arahan pada dua pengawal ini.
Keduanya akur dan hanya berjaga di pintu masuk ruang rehat peribadi itu. Apa yang Anggun tidak tahu, walaupun diri di jaga, tuan empunya badan tetap ada hak untuk dapatkan privasi sendiri. Anggun hanya perlu keluarkan arahan dan pengawal itu akan akur. Jarang pengawal akan menolak permintaan orang yang di jaga.
Armada nampak Anggun ambil tempat di hujung ruangan. Armada juga dapat lihat dengan jelas bagaimana Anggun duduk membelakangi orang lain serta Armada. Anggun benar-benar buat dirinya seolah berseorangan sekarang.
Armada tidak minta izin dan terus labuh duduk di hadapan kerusi Anggun. Wajah Anggun langsung menjadi tujuan kornea mata.
"Tengku ni... memang tak di ajar untuk beradab ke? Susah ke mahu minta izin saya dahulu sebelum duduk?" Anggun menyoal bersama kerutan dahi, bertingkah seolah marah padahal hati Anggun baik-baik sahaja. Anggun sengaja mahu wujudkan cuak dalam jiwa Armada.
Namun, Armada tidak rasa persoalan Anggun itu seperti sebuah amarah. Mungkin kerana raut muka Anggun terlalu manis, membuatkan Armada tidak dapat bezakan, bila Anggun memarah dan bila Anggun okay.
"Kalau benarlah I ni tak beradab, I boleh saja terjah you waktu you tengah merengek pada ibu you." Armada menjawab ringkas.
Anggun terdiam. Sejak bila pula Armada ni pandai menjawab? Jawapan dia buat Anggun terkesima pula tu.
"Tapi Tengku tetap perlu minta izin sebelum duduk. Mana boleh duduk dan ganggu waktu orang sesuka hati." Anggun masih berkeras dengan kepalanya.
Armada tidak cakap banyak. Lelaki ini bangun dan berdiri di sebelah Anggun. Tubuh dibongkokkan sedikit agar sama tinggi dengan kedudukan Anggun. Refleks, Anggun jauhkan wajahnya daripada Armada.
"Boleh I duduk dan berbincang dengan you sekejap, Lily?" Armada bertanya atau lebih pada meminta izin.
Anggun sibuk sangat mahu Armada minta izin kan? Nah, Armada beri terus, biar terkunci sedikit mulut Anggun ini.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...