02

2.7K 183 2
                                    

Althaf Luthfan berlari masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Althaf Luthfan berlari masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa. Mata jejaka ini tidak berhenti melilau, naik ke serata tingkat demi mencari tempat adiknya berada sekarang.

Selepas hampir satu jam mencari, Althaf nampak kelibat Anggun sedang duduk di dalam sebuah kafe kecil dalam lapangan terbang tersebut.

Lelaki berpangkat abang ini hela nafas berat dan panjang. Buat sakit jantung sajalah si Anggun ini. Orang hubungi, tak mahu angkat. Tidak memasal, Althaf perlu berlari satu lapangan terbang untuk tahu keberadaan Anggun.

Althaf tidak tunggu lama dan terus masuk ke dalam ruang kafe. Kerusi kosong yang berada di sebelah Anggun menjadi tempat Althaf labuh duduk.

"Satu jam abang berlari dalam airport ni semata untuk cari adik. Telefon adik mana? Kenapa tak angkat call?" Althaf bertanya dengan baik. Namun, masih terselit ketegasan dalam suara Althaf.

Anggun tidak menjawab, hanya diam sambil menunduk kepala di tempatnya.

"Kenapa tiba-tiba adik balik Malaysia? Bukan adik dalam fasa final di London?" Althaf lihat saja wajah sugul Anggun. Dalam hati, Althaf seperti dapat teka, Anggun ada masalah. Pasti ada yang tak kena dengan Anggun.

"Hey... abang tanya ni." Althaf tolak dagu Anggun agar dapat lihat muka Anggun dengan lebih jelas.

Spontan itu, Althaf nampak akan pipi dan hidung Anggun yang merah. Tidak cukup dengan itu, bola mata Anggun turut merah seolah baru lepas hemburkan tangis.

"Adik? Kenapa?" perasaan risau lantas menyerang jiwa Althaf. Tidak berkelip lelaki ini lihat raut Anggun.

Anggun tidak balas apa-apa malah terus sandarkan tubuhnya pada badan sasa Althaf. Tubuh Althaf di peluk seerat mungkin.

Althaf tidak bertanya lanjut. Jejaka berusia 28 tahun ini hanya balas pelukan sang adik. Tubuh belakang Anggun di usap, kononnya mahu memujuk walaupun Althaf tidak tahu punca sebenar akan tangisan Anggun.

"Pasti... dakapan mereka tadi seerat ini." Anggun tiba-tiba berbisik perlahan. Setiap butir bicara Anggun masuk terus ke dalam lubang telinga Althaf.

"Dakapan mereka? Dakapan siapa?" Althaf ambil peluang ini untuk bertanya. Mungkin Anggun sudah bersedia untuk bercerita.

"Abang..." Anggun memanggil.

"Ya?" baik saja Althaf menjawab kali ini, langsung tidak seperti sebelum ni.

"Adik minta maaf. Pasti abang gerak daripada Port Dickson ke Kuala Lumpur semata sebab adik call abang, kan?" Anggun lihat uniform tentera laut yang masih tersarung pada tubuh Althaf.

"Andai abang ada di Johor sekalipun, abang akan tetap sampai di Perlis saat adik call dan beritahu adik ada di Perlis. Tak kira di mana, abang akan tetap datang dan dapatkan adik. Kenapa tiba-tiba balik? Mama dan abah tahu tak adik balik ni?" Althaf ajukan soalan yang tidak berjawab sebentar tadi.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now