69

1.9K 192 29
                                    

Pintu bilik seminar luas terkuak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik seminar luas terkuak. Setiap lampu dalam bilik itu sudah di buka, membuatkan ruangnya terang benderang. Anggun berdiri di muka pintu, melihat ke dalam bersama wajah yang begitu teruja mengintai ke bahagian dalam.

"Selamat pagi Che Puan." Seorang tenaga pengajar wanita yang sudah masuk usia 50 tahun lantas menegur Anggun yang berdiri statik di muka pintu.

"Selamat pagi. Terang sungguh ya bilik ni. Daripada luar cahaya dia terus memancar dalam mata saya." Anggun masuk ke dalam, hampiri pengajar tersebut untuk bersalaman.

Tenaga pengajar itu memberi hormat terlebih dahulu sebelum sambut huluran tangan Anggun. Nampaknya... ada banyak benda asas yang belum diketahui oleh Anggun. Tidak mengapalah. Wanita ini berbesar hati ingin mengajar Anggun bagaimana hendak jadi seorang wanita diraja bersama tingkah yang begitu feminin dan eksklusif.

"Susu." Bersinar mata Anggun ketika lihat pelbagai jenis makanan ringan yang tersedia atas sebuah meja bulat, bersebelahan dengan meja belajar buat Anggun.

"Pekerja istana sediakan makanan ini. Katanya, Tengku Panji dan Tengku Teja yang beri arahan agar beli semua makanan kegemaran Che Puan untuk diletakkan berdekatan Che Puan sepanjang kelas." Pengajar itu memberitahu. Dia juga baru saja tahu perihal ini kerana hairan saat nampak begitu banyak makanan serta minuman dalam bilik seminar.

Sepanjang pengajar itu bekerja di istana, setahunya bilik seminar ini merupakan salah satu ruangan yang bebas daripada makanan dan minuman. Tiada sebarang makanan mahupun minuman dibenarkan bawa masuk dalam bilik seminar apatah lagi ingin jamah selera dalam bilik ini.

Satu jenis air sahaja yang di beri kebenaran untuk bawa masuk dalam bilik ini iaitu air kosong. Itu pun harus diletakkan dalam botol bertutup dan bukannya cawan atau bekas terbuka. Istimewa sangat Anggun ini pada Tengku Panji dan Tengku Teja sehingga kedua mereka sanggup melawan peraturan istana demi senangkan hati menantu.

"Sila duduk, Che Puan. Kita boleh mula sekarang jika Che Puan sudah bersedia. Lebih cepat kita mula, lebih pantas kita selesai." Pengajar itu tuding tempat Anggun yang masih kosong. Tudingannya menggunakan ibu jari, begitu beradab dan teratur.

"Saya dah bersedia," beritahu Anggun dengan yakin. Betul kata pengajar itu, cepat mula, cepatlah mereka selesai.

Sementara di sayap kanan istana, Tengku Sakti Armada tolak pintu bilik kerja, menapak terus ke meja kerjanya yang begitu bersih tanpa sebarang habuk. Budi tutup pintu ruangan sebelum mata melilau melihat setiap sudut bilik tersebut.

"Tak ada siapa di sini," kata Armada ringkas sebaik sedar akan kelakuan Budi.

Iyalah... siapa saja mahu masuk ke dalam ruang kerja Armada ini? Pekerja istana yang boleh masuk ke dalam bilik kerja Armada juga cuma seorang sahaja untuk tujuan membersihkan. Itu pun, pekerja tersebut akan di pantau melalui kamera di sudut ruang bilik kerja ini.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now