BAB INI BELUM DI REVISI, SEGALA TYPO DAN KESALAHAN BAHASA, SILA ABAIKAN.
Tengku Sakti Armada masuk ke dalam bilik pakaian untuk lihat isterinya yang sedang bersiap. Mereka tidak pergi ke mana-mana tetapi Anggun tetap kenakan tudung bawal untuk menutup auratnya, menjaga penampilan demi sang suami."Abang kalau dah siap dan mahu turun sarapan, abang pergi dulu," ujar Anggun ketika sedar Armada hanya berdiri seperti patung, memerhati Anggun.
Dua ulas bibir Armada masih rapat tertutup, tidak balas apa-apa dan hanya nikmati pemandangan indah buat kornea mata. Hati tidak berhenti berdegup kencang saat wajah lembut Anggun terus menyaji mata dan hati.
"Abang?" Anggun toleh kepala, berkerut sedikit kening Anggun ketika Armada termenung jauh begitu. Okay ke tidak suaminya ini?
"Yes love." Berat suara Armada menjawab.
"Abang okay?" Anggun masukkan kerusi solek ke dalam meja lalu ambil dua tapak untuk hampiri susuk Armada. Pandangan mata Armada di balas dengan lembut.
Armada mengangguk sekali dua. Tidak berkelip kelopak mata Armada menyelam ke dalam anak mata coklat milik sang isteri. Macam mana ya... Armada boleh peroleh wanita sempurna seperti Anggun?
Perlahan-lahan Armada bawa tubuh Anggun ke dalam pelukan. Anggun hanya tersenyum senang saat terima kehangatan tubuh Armada di awal pagi. Tangan Anggun sudah naik melingkar pada badan sasa Armada.
Armada rapatkan hidung pada bahu Anggun sebelum darat kepala sepenuhnya di situ. Manisnya wangian Anggun pagi ini, begitu membuai Armada pada godaan sang isteri.
"Jangan tinggalkan abang..." bisik Armada begitu perlahan, hanya cukup untuk didengari oleh Anggun semata-mata.
Spontan, Anggun mengusap tubuh belakang Armada. Anggun tidak tahu apa yang tidak kena dengan suaminya tetapi pelukan Armada pagi ini seolah menyimpan seribu satu makna tersirat.
"Abang lebih rela berdua dengan Lily daripada berseorangan tanpa kekasih halal abang," ucap Armada lagi sebelum beri kucupan pada bahu Anggun.
Hati Anggun mula berasa tidak sedap. Ayat Armada itu merupakan ayat manis tetapi Anggun tidak tahu mengapa dirinya berasa seram sejuk dengan ayat tersebut.
Armada sembapkan mata pada bahu Anggun. Pelukan semakin erat. Armada rasa peluang begini tidak begitu mudah untuk didapati. Untuk memeluk Anggun, ianya mudah. Anggun tidak pernah halang atau tolak pelukan Armada. Namun, untuk dapatkan pelukan yang penuh dengan perasaan cinta, ia tidak mudah.
Dalam tidak sedar, bola mata Armada terasa panas. Air mata Armada perlahan-lahan keluar membasahi pakaian Anggun. Armada tidak mahu lepaskan pelukan mereka, Armada suka begini, saat menerima kasih sang isteri dan usapan manjanya.
"Abang?" dada Anggun semakin kuat berombak. Wanita ini leraikan pelukan dan segera tolak tubuh sasa Armada. Ada yang tidak kena dengan suaminya, Anggun yakin.
Armada akur, melepaskan pelukan yang Armada tidak pernah mahu untuk leraikan. Armada pandang wajah Anggun bersama sisa air mata. Bola mata Armada agak merah, begitu juga dengan hidungnya.
"Abang, kenapa?" Anggun pegang lengan sebelah kiri Armada sebelum tangan kanan mengelap semua sisa butiran jernih sang suami.
"Lily ada buat salah ke? Kalau ada, Lily minta maaf." Kelam kabut wanita ini, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Hati Anggun mula berasa sesak, rasa seperti mahu nangis sekali ketika lihat Armada begini.
Berdosanya Anggun sebagai seorang isteri jika suaminya menangis kerana sikap Anggun. Derhakalah Anggun saat Armada terasa dengan perilaku Anggun.
"Armada cintakan Lily." Ringkas bicara Armada bersama suara yang agak serak tetapi ia cukup untuk menampar hati Anggun.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...