03

2.8K 166 3
                                    

Tengku Teja Puspawangi sengaja ambil tempat kosong di sebelah Tengku Sakti Armada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Teja Puspawangi sengaja ambil tempat kosong di sebelah Tengku Sakti Armada. Tengku Teja mahu cakap sesuatu dengan anak lelakinya ini, saja memanaskan lagi suasana.

"Bonda nak apa-apa? Armada boleh ambilkan." Armada bertingkah baik, merendah diri untuk bantu sang ibu seperti selalu.

"Tak, perut bonda dah terlalu penuh," jawab Tengku Teja begitu baik.

Armada mengangguk, faham. Tak apalah kalau Tengku Teja kata begitu. Armada kembali duduk bersandar, lihat gelagat sedara mara mereka dalam kenduri pertunangan ini.

"Kalau Armada bertunang nanti, bonda ingat bonda mahu ikut sebiji seperti adat melayu." Tengku Teja mulakan rancangannya hendak menyucuk jiwa Armada.

Raut wajah Armada tampak biasa, seolah tidak kesah tetapi jantung jejaka ini sudah mula sumpah seranah. Armada dah agak perkara ini akan berlaku.

"Kita buat dalam satu minggu. Bertunang, berinai, nikah, sambut menantu. Lima hari lima malam. Macam mana?" Tengku Teja menoleh lihat anak sulungnya ini.

"Setuju!" entah daripada mana datangnya, suara parau Budi lantas mencelah di antara perbualan Tengku Teja bersama Armada.

"Kedengaran seronok, betul tak Budi?" perhatian Tengku Teja beralih melihat anak keduanya pula.

Budi mengangguk tanpa fikir dua kali. Apa saja yang tidak seronok bagi Budi? Semuanya seronok pada pandangan Budi, seolah hidup ini satu permainan buat jejaka itu.

Armada masih kekal statik di tempatnya, begitu neutral raut wajah Armada. Dia tak kesah dan tak mahu kesah. Cakaplah apa saja, jika Armada tiada calon, majlis itu tetap takkan berlangsung.

"Apa yang setuju ni?" nada lembut Bima menegur Tengku Teja dan Budi. Bima letakkan sikunya di atas bahu lebar Budi seraya tangan sebelah kiri memegang gelas koktel.

"Tentang majlis kahwin Sakti." Budi ringkaskan cerita.

"Armada. Nama abang, Armada." Laju saja Armada membetulkan kesilapan Budi itu.

Budi dan Bima sama-sama gulingkan mata ke atas. Armada ini pantang betul orang sebut nama awalnya seolah satu dosa. Tak ada lagi yang berani memanggil Armada sebagai Sakti sepanjang masa.

Jika ada, pasti Armada akan tegur dan minta untuk tidak gunakan nama Sakti itu. Budi dan Bima sendiri tidak tahu mengapa. Pada mereka berdua, nama Sakti itu terlalu sedap untuk tidak di sebut.

"Dah ada calon ke?" Bima lihat wajah Tengku Teja, penuh berharap bahawa kali ini mereka terima jawapan yang agak menggembirakan.

Tengku Teja tidak menjawab malah hanya merenung wajah selamba Armada. Lama kelamaan, dua pasang mata milik Budi dan juga Bima turut tertumpu pada raut sang abang.

"Tak ada." Armada beri jawapan yang begitu ringkas, yang mampu menghampakan seluruh keluarga.

"Putus harapan. Harapan itu putus, bonda. Abang tahun ni dah 35 tahun. Memang tak ada harapan lagi. Bonda fokus pada Budi dan Bima sajalah. Kami masih ada harapan." Budi bercakap dengan ibunya tanpa langsung pedulikan Armada.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now