44

2.2K 155 12
                                    

Tengku Sakti Armada kuak sedikit pintu bilik agar dapat lepaskan tubuhnya masuk ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada kuak sedikit pintu bilik agar dapat lepaskan tubuhnya masuk ke dalam. Mata Armada melilau ke seluruh ruang beradu sebelum perasan akan pintu almari buku yang terbuka.

Armada beranggapan yang sang isteri pergi ke tandas. Armada tuju ke ruang pakaian untuk keluarkan baju yang ingin di bawa ke Kuala Lumpur memandangkan mereka akan gerak pada tengah hari esok.

Kaki baru saja sampai di muka pintu tetapi mata Armada sudah tertangkap akan kelibat sang isteri sedang melipat pakaian untuk dimasukkan dalam beg bagasi. Mati-matian Armada ingat Anggun berada dalam bilik air.

"Lily, biar Sakti buat." Armada dekati Anggun, duduk bersila di atas lantai berlapik karpet ini sebelum tangan mengambil baju dari Anggun.

"Dah nak siap dah pun," kata Anggun.

"Tak apa. Sakti boleh buat." Armada terus lipat semua baju-baju Anggun ini dan susun di ruang bagasi yang masih kosong.

"Baju Sakti pun Lily dah kemas?" Armada lihat bajunya yang sudah tersusun rapi.

"Dah," jawab Anggun sepatah.

"Terima kasih. Lily tunggu Sakti sekejap, boleh? Sakti ada benda mahu tanya pada Lily." Armada selesaikan tugasnya dengan pantas sebelum zip beg bagasi bersaiz besar itu.

"Lily mahu ke tandas?" Armada bertanya terlebih dahulu, tak mahu perbualan mereka nanti terbantut kerana mahu lepaskan hajat.

"Tak"

Armada bangun, tarik tangan sang isteri, bawa Anggun ke ruang beradu. Mereka berdua duduk di sofa yang ada agar dapat bersandar dengan selesa.

"Sakti nak tanya apa?" Anggun mulakan bicara terlebih dahulu.

"Tentang Lily. Sakti perasan, Lily kerap sangat mengadu sakit kepala." Armada beritahu akan kerisauannya.

"Saya sakit kepala bersebab. First, aksesori kepala. Second, sebab Budi dan Bima selalu bergaduh di antara saya. Third, sebab semalam bilik karaoke tu lampunya merah, tiba-tiba saya keluar, lampu putih terus serang bola mata. Jadi saya pening sebab benda tu." Anggun menerangkan. Tak ada apa yang patut mereka risaukan. Biasalah, sakit kepala.

"Tapi sekali Lily sakit kepala, Lily seolah tak boleh buat apa-apa. Semalam, Riffat beritahu, Lily sakit kepala sampai berjalan perlahan sangat," kata Armada.

"Masa kita jalan kat kota Melaka, saya sakit kepala juga. Elok je, siap boleh sky walk lagi." Anggun beri contoh situasi yang lain, di mana Anggun boleh kawal pening kepalanya.

Armada hela nafas berat. Keras kepala betullah si Anggun ni.

"Sebelum bonda dan walid berjalan jauh, kebiasaannya doktor peribadi mereka akan datang ke istana untuk pastikan bacaan darah, jantung dan kolestrol mereka normal. Memandangkan walid dan bonda akan ke Kuala Lumpur hari Jumaat nanti, doktor tu akan datang ke istana pada hari esok. Sakti mahu Anggun lakukan check up ringkas dengan doktor tu." Armada tegaskan sedikit nadanya.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now