46

2.2K 168 6
                                    

Bersama pandangan kabur, Anggun Lilyann lihat ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersama pandangan kabur, Anggun Lilyann lihat ke hadapan. Anggun dapat lihat meter kenderaan yang di pandu Malik sudah cecah 145km per jam. Kenderaan yang iring mereka tika ini sudah lakukan yang terbaik untuk tiba di Port Dickson secepat mungkin.

Anggun masih statik. Air mata wanita ini tidak berhenti mengalir keluar. Dada Anggun terasa sesak sangat sekarang memikirkan sang abang yang tidak tahu masih bernyawa ataupun tidak.

Armada pegang bahu Anggun, tarik isterinya perlahan-lahan agar bersandar pada kepala kerusi. Menggunakan ibu jari, Armada seka air mata yang berada di pipi Anggun.

Anggun menoleh memandang Armada. Semakin berat hati Anggun apabila terima layanan lembut begitu daripada Armada. Anggun ketap bibir, air mata semakin deras merembes keluar.

Tak fikir lama, Armada terus peluk tubuh Anggun. Anggun sembapkan wajah pada bahu Armada. Tersengguk-sengguk Anggun menangis.

"Doa, sayang... doa banyak-banyak. Mudah-mudahan Althaf selamat," bisik Armada.

Armada tidak pandai memujuk terutama sekali ketika waktu genting begini. Jika pujuk kerana Armada buat kesalahan, mungkinlah Armada boleh lakukan. Tetapi apabila melibatkan situasi begini, Armada tidak reti.

Anggun cengkam baju belakang sang suami. Sejak terima berita itu sehingga sekarang, tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulut Anggun. Lidah Anggun kelu, tidak tahu apa yang perlu diucapkan. Anggun cuma mahu dengar abangnya okay, itu sahaja.

Perjalanan daripada istana ke hospital tentera yang menempatkan Althaf hanya mengambil masa selama 45 minit. Saking lajunya mereka iring sehingga ambil masa kurang daripada satu jam.

Armada dan Anggun terus masuk ke bahagian kecemasan, dapatkan meja pertanyaan yang berada di ruang tersebut.

"Pesakit yang diterima daripada kem TLDM." Seorang tentera yang membawa berita pada Anggun bercakap dengan jururawat yang bertugas di meja itu.

"Sekejap ya..." jururawat tersebut mencari sesuatu di dalam komputer dihadapannya.

"Pesakit yang bernama Kapten Althaf Luthfan ke?" jururawat wanita itu bertanya terlebih dahulu, tak mahu beri maklumat yang salah.

"Ya," jawab tentera yang sama.

"Pesakit bernama Kapten Althaf Luthfan di bawa ke unit kecemasan lebih kurang dua jam yang lalu. Doktor gunakan defribillator bersama tenaga 250 joules. Doktor lakukan sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan CPR. Pesakit sedar dan bernafas seperti biasa 10 minit selepas tiba di ruang kecemasan. Pesakit sudah pun di bawa naik ke wad dan..." jururawat itu baca maklumat yang baru di isi dalam fail Althaf.

Anggun lega, Anggun benar-benar lega apabila dapat tahu yang abangnya bernafas semula. Itu yang utama.

"Dan pesakit sudah pun sedar 30 minit yang lalu. Pesakit diletakkan di wad Orkid, tingkat tujuh bangunan wad." Jururawat itu selesaikan penyampaian maklumatnya pada orang-orang yang berada di depan mata.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now