64

2.8K 212 18
                                    

BAB INI BELUM DI REVISI, SEGALA TYPO DAN KESALAHAN TATABAHASA SILA ABAIKAN.

Langkah Tengku Sakti Armada laju menuju ke bilik temu bual istana. Jejaka ini kerling jam tangan yang di pakai sebelum berlari anak memandangkan ruangan itu masih jauh dengan tempat Armada sekarang.

Armada lupa sungguh akan taklimat yang perlu Anggun hadiri. Armada rancang untuk teman Anggun dengar taklimat ringkas itu, takdalah Anggun kesepian sangat.

Dalam hati, Armada tidak berhenti marah diri sendiri. Leka dengan tugasan sendiri sehingga lupa akan jadual bersama sang isteri. Armada harap Anggun baik-baik saja dan tidak memarah.

Armada pulas tombol pintu dan lekas menguaknya. Wajah pertama yang menyapa mata adalah muka indah Anggun Lilyann. Armada menoleh seketika untuk lihat pengerusi acara dan beberapa pekerja lain dalam ruangan ini.

Tanpa sebarang kata, Armada boloskan diri ke dalam ruangan peribadi tersebut, menutup pintu sebelum dapatkan tempat duduk bersebelahan Anggun. Tangan Anggun pantas di capai oleh Armada.

"Maaf, abang terlambat." Armada berbisik pada Anggun, akui kesilapan diri daripada buat tidak endah. Kadang, wanita ini cuma mahu kata maaf dengan nada yang lembut. Itu sudah cukup untuk senangkan hati makhluk bergelar wanita.

Anggun koyak senyum. Genggaman tangan Armada di balas tanpa sebarang rasa terpaksa.

"Tak apa," balas Anggun bersama bisikan juga.

Anggun tidak marah, tidak juga terasa hati. Anggun faham, suaminya itu bukannya sedang duduk senang. Semua orang tengah sibuk sekarang, bukannya Anggun semata. Tengku Teja juga sedang berperang di dapur bersama yang lain. Tengku Panji sibuk di luar istana. Tiada yang lapang saat ini, semua sibuk dengan majlis diraja yang bakal berlangsung.

Tidak adil rasanya kalau Anggun marah Armada kerana jejaka itu lakukan kerjanya semata. Semua ini, majlis ini, kesibukan orang ramai di luar sana adalah untuk meraikan Anggun juga, bukannya untuk orang lain.

Sephia di sebelah kiri Armada hanya buat tidak endah akan kemanisan pengantin baharu. Makin dilayan nanti makin lara hati si Sephia. Sabar sajalah, tutup telinga dan mata. Fokus pada taklimat yang sedang berlangsung.

"Boleh kami sambung?" Puan Zakiyah mencelah sebentar, ingin dapatkan keizinan sebelum menyambung taklimat yang tergendala akibat kehadiran tiba-tiba daripada Armada.

"Boleh," jawab Anggun. Fokus kembali tertumpu pada Puan Zakiyah sebagai pengurus acara.

"Baik kita berhenti di bahagian ketika Che Puan berada di muka pintu balai mahkota istana utama Melaka. Sebaik Che Puan dan Tuanku Armada berada di muka pintu tersebut, Che Puan dapat lihat Tuanku Panji dan Tengku Puan Teja. Tuanku Armada akan pimpin Che Puan sehingga tiba dihadapan Tuanku Panji dan juga Tengku Puan"

"Tuanku Armada akan bersalaman dengan kedua ibu bapanya, diikuti oleh Che Puan menyalami kedua ibu bapa mertua Che Puan. Lalu, Tuanku Armada dan Che Puan akan didudukkan di persada khas yang meletakkan kerusi khas Raja Muda dan juga Che Puan. Che Puan dan Tuanku perlu berdiri dahulu, beri masa pada Tuanku Panji untuk teruskan acara menerima Che Puan"

"Acara menerima Che Puan juga dikenali sebagai acara meraikan waris Melaka kerana kami percaya dan yakin, Che Puan Melaka akan melahirkan waris-waris yang akan pertahankan kedaulatan Melaka serta keharmoniannya. Jadi, ia amat penting untuk dilakukan agar rakyat tahu Che Puan bukan lagi seorang gadis daripada kalangan rakyat tetapi adalah sebahagian daripada keluarga diraja"

"Kali terakhir acara meraikan waris ini dilakukan kira-kira 98 tahun yang lalu. Selepas itu, tiada lagi acara meraikan waris dilakukan kerana Raja Muda Melaka selepas itu berkahwin dengan wanita daripada golongan diraja juga. Tidak sehingga Tuanku Armada memilih Che Puan sebagai isteri maka acara meraikan waris kembali dijalankan." Puan Zakiyah berhenti sebentar di situ, menukar paparan layar pada gambar yang berbeza.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now