66

3.1K 218 31
                                    

Anggun Lilyann tenung wajah sendiri dihadapan cermin meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann tenung wajah sendiri dihadapan cermin meja solek. Semalam, satu hari Anggun kenakan solekan pada wajahnya. Sewaktu majlis perkahwinan pula usah di kata, setiap hari sepanjang lima hari wajah Anggun di solek tanpa henti.

Mujurlah kulit muka Anggun dapat terima semuanya tanpa sebarang masalah. Cuma hari ini, Anggun bangun bersama sebuah jerawat di bawah dagu. Tempat di mana Anggun sering pin tudungnya.

Masaklah Anggun hari ini... sudahlah hari ini dia ada lawatan bersama Budi ke muzium perang. Mujur lawatannya pada pukul 2:30 petang. Dapat juga Anggun letakkan pelekat jerawat untuk tarik kesemua isinya keluar.

Anggun harap, sebelum bersiap nanti, jerawat ini tidak akan sakit lagi. Jikalau masih sakit, Anggun terpaksa menahan sehingga majlis tamat kerana pin tudung akan terus mencengkam jerawat Anggun.

"Abang, jom sarapan. Sekejap lagi abang perlu ke Perak." Anggun terus keluar daripada bilik pakaian, memanggil Armada dengan suara yang baik.

Jam sudah pukul lapan pagi, perut Anggun juga sudah menjerit minta di isi. Sebentar lagi pukul 10:30 pagi, Armada akan bergerak ke Perak pula. Sibuk benar mereka berdua ini sedangkan majlis meraikan Anggun baru selesai pukul 1 malam tadi.

"Sekejap, love." Armada menyahut daripada balkoni bilik. Mata jejaka ini masih tertancap pada layar telefon.

"Abang buat apa tu?" Anggun berdiri di sebelah Armada dan langsung mengerling ke arah skrin peranti milik Armada.

Armada diam sahaja kerana Armada tahu Anggun langsung mengerti apa yang Armada lakukan ketika Anggun nampak layar telefon Armada.

"Abang dah dapat gambar kita malam tadi? Macam mana? Kenapa Lily tak dapat pun..." Anggun mencebik sedikit memandang Armada sedang seronok memilih gambar untuk di muat naik dalam laman sosialnya.

"Abang terima emel daripada jurugambar waktu Subuh tadi. Hanya ada dalam 20 keping. Mereka beri pada abang sikit sebelum edit yang lain. Nanti abang share pada sayang." Armada peluk bahu Anggun menggunakan tangan kanan sementara jari kiri rancak menekan layar telefon.

"Cantiknya gambar yang abang pilih... pandailah. Siapa ajar abang pilih gambar yang cantik ni?" Anggun sandarkan kepala pada lengan Armada, memandang postingan yang baru sahaja di muat naik oleh Armada.

"Ajar? Tiada siapa yang mengajar." Armada beri masa pada Anggun untuk tenung gambar itu terlebih dahulu.

"Iya ke? Jadi kenapa semua gambar yang abang letak dekat instagram abang semua cantik-cantik." Anggun angkat semula kepala, mata dipincingkan untuk memandang sang suami.

"Kerana sayang sudah sedia ada menawan. Apa saja gambar yang ada Lily di dalamnya akan jadi jauh lebih cantik." Armada beri jawapan selamat, satu kata balas yang boleh buat Anggun tersenyum hingga ke telinga.

"Amboi... manisnya mulut Raja Muda kita. Bukan main ya?" Anggun cubit sedikit pinggang Armada.

"Abang serius, love. Lily terlalu menawan. Tak ada satu cacat cela pun pada diri isteri abang." Armada tak mahu Anggun ingat itu hanya sekadar ayat biasa. Armada memang maksudkan semuanya.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now