Sunyi sepi ruang tamu kecil dalam Istana Melaka ini. Riaksi Armada sama seperti sebelum ini, neutral dan tidak berperasaan.
Sementara Budi dan Bima masih cuba untuk fahamkan cerita ringkas Armada sebentar tadi. Tengku Panji dan Tengku Teja? Tidak berkelip mata memandang sesama sendiri.
Kedua orang tua Armada juga perlukan masa untuk hadamkan cerita Armada. Mereka juga butuh waktu untuk cari jalan penyelesaian yang terbaik buat masalah Armada sekarang.
"Tiga kali ek..." Budi garu kening yang tidak gatal. Kenapa Budi pula yang diserang segan sedangkan perkara itu berlaku pada Armada?
"Tiga kali kena reject. Kalau aku, aku malu." Budi sandarkan tubuh sambil pandang wajah selamba Armada.
Bima ketap bibir, tahan senyum serta tawanya. Dia tidak boleh gelak sekarang. Mereka sedang serius!
"Apa kata kau cuba mandi bunga, Armada. Bersihkan diri secara fizikal dan mental. Sucikan hati. Mungkin lepastu, lamaran kau takkan kena tolak lagi." Budi beri cadangan paling bernas yang dia boleh fikirkan sekarang.
Tengku Teja mengangguk perlahan-lahan.
"Bonda setuju," ujar Tengku Teja. Hati keibuannya kuat menyokong cadangan Budi.
"Kau buat apa bang pada Anggun tu? Sampai tiga kali Anggun tolak lamaran kau. Bukan sekali dua tapi tiga kali. Ini lebih teruk daripada loser." Bima turut sama buka mulut selepas lama mendiamkan diri.
"Walid pun hairan, takkan Anggun tolak saja-saja? Apa Armada dah buat pada Anggun sehingga Anggun tolak tiga-tiga lamaran Armada?" Tengku Panji mahu tahu juga perkara apa yang Armada sorok daripada mereka sekeluarga.
Hati wanita mana yang sekeras itu sehingga sanggup tolak lamaran daripada lelaki yang sama sebanyak tiga kali? Pasti Armada ada lakukan kesalahan, sama ada lelaki itu tahu ataupun tidak saja.
"Cuba kau ulang tayang balik pada aku, macam mana kau lamar si Anggun tu." Duduk Budi kembali tegak, mahu beri fokus pada Armada.
Armada tatap wajah Budi seolah tidak percaya Budi meminta sesuatu yang tidak masuk akal. Lirikan mata Armada kemudian beralih melihat ahli keluarganya yang lain. Kenapa semua mata tertumpu pada Armada? Mereka benar-benar menanti Armada lakukan ulang tayang ke?
"Cepatlah. Kau lamar Anggun tu, kau tak cakap apa-apa ke?" Budi mendesak. Hilang pula kesabaran Budi ni nanti.
"Ada, Armada ada cakap." Armada berhenti di situ.
Fokus kesemua orang tertumpu pada wajah Armada. Lama mereka menunggu, tak juga Armada beritahu apa ayat yang di ucapkan pada Anggun saat ingin melamar.
"Apa ayat kau tu?!" Budi dan Bima bersuara serentak.
Tersentak tubuh Tengku Panji dan Tengku Teja apabila anak kembar mereka meninggi suara. Penuh ruang tamu ini dengan suara Budi serta Bima semata.
"Anggun nak jadi isteri pada Raja Muda?" Armada ulang ayat yang dia gunakan sewaktu pertama kali ingin melamar Anggun.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...