Anggun Lilyann berjalan di sebelah Armada sambil silang tangan ke dada. Wajah wanita ini penuh dengan kerutan, menanti Armada buka mulut.
"Sakti, cepatlah... kita dah sampai depan Village Grocer dah." Anggun desak sang suami.
Anggun cuma tanya Armada mahu makan apa untuk hari esok dan harini. Senang Anggun mahu pilih barang masakan memandangkan dapur mereka memang tiada apa-apa. Sejak dalam kereta sehingga tiba di pasar raya, tak juga Armada beritahu lauk apa yang dia inginkan.
"Sayang pandai masak kari ikan?" Armada bertanya dahulu.
"Lauk ungkep pun saya reti," balas Anggun.
"Paprik?" Armada terus-terusan bertanya.
"Ya, saya reti. Saya dah belajar semua daripada mama." Anggun hentikan langkahnya, geram apabila tiada lagi jawapan tepat.
"Okay, Sakti nak kari ayam"
"Kan senang." Anggun sambung menghayun langkah, masuk ke dalam pasar raya.
Armada bertindak untuk ambil troli terlebih dahulu sebelum dapatkan sang isteri yang berada di bahagian barangan basah.
"Ungkep tu apa?" Armada bertanya sambil lihat Anggun sedang sibuk memilih ayam yang sudah siap di pek.
"Rendang orang jawa." Anggun ambil dua pek ayam, bahagian peha dan juga bahagian kepak.
"Tak pernah rasa?" Anggun pandang suaminya sekilas sebelum lihat barangan basah yang lain.
"Tak"
"Esok saya masakkan untuk makan tengah hari. Sedap." Anggun sudah tahu apa yang perlu dia masakkan untuk hari esok. Jadi lebih senang Anggun mahu pilih bahan.
"Sayur apa yang awak nak, Sakti?" Anggun lihat pilihan sayur yang ada. Segar semuanya tapi kalau di bawa pulang ke rumah, mudah aje semua ini membusuk.
Sayur tak boleh beli banyak. Kalau tidak membazir saja lihat mereka layu.
"Kangkung." Armada beri cadangan pada Anggun.
"Nak masak apa? Masak air? Goreng?" Anggun ambil dua ikatan kangkung yang ada.
"Kangkung goreng belacan." Salah satu lauk sayur kegemaran Armada.
"Saya tak rasa dekat sini ada jual belacan. Nanti kita cari." Anggun lihat lagi pemilihan sayur lain yang ada. Esok mahu masak kangkung juga ke?
"Kalau tak ada, boleh ambil di istana," kata Armada sebelum sedar yang isterinya masih sibuk menilik sayur-sayuran.
"Bendi. Bendi masak cili." Armada beritahu akan lagi satu lauk yang terlintas di kepala.
"Untuk esok?" Anggun pandang Armada.
Armada mengangguk.
Tak pernah pula Anggun cuba dua lauk itu sekali tapi rasanya pasti sedap. Disebabkan bendi di sini sudah siap terletak dalam pek, Anggun hanya ambil satu dan letak dalam troli.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Storie d'amore"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...