23

2.3K 167 5
                                    

Anggun Lilyann toleh kepala sebaik dengar ketukan pada pintu biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann toleh kepala sebaik dengar ketukan pada pintu biliknya. Gadis ini tidak ambil masa yang lama untuk bangun dan buka pintu bilik.

"Abang?" terkejut Anggun saat lihat Althaf berada di muka pintu. Bukan malam ini merupakan malam Jumaat? Esok hari bekerja, apa yang Althaf buat di rumah mereka?

"Macam nampak hantu." Althaf tolak pintu bilik Anggun agar terbuka sepenuhnya. Mata Althaf kemudian lantas tertancap pada meja belajar si adik. Bersepah meja itu dengan buku-buku perubatan yang tebal.

"Takdalah, tiba-tiba je abang muncul. Bukan sepatutnya abang di PD?" Anggun beri laluan agar Althaf dapat masuk ke dalam.

"Saja balik. Esok abang ambil cuti." Althaf menapak untuk hampiri meja belajar Anggun.

"Cuti? Kenapa abang tiba-tiba ambil cuti?" makin tebal kerutan kening Anggun.

"Mahu elokkan semula emosi adik abang yang sorang ni." Althaf paling badan, pandang Anggun yang sedang berdiri tegak seolah patung cendana.

"Ha? Sejak bila pula adik emosi?" peliklah Althaf ni, bukannya mahu redakan kehairanan Anggun, buat Anggun makin diserang tanda tanya, ada la.

"Tak banyak cakap, tak banyak makan, berkurung dalam bilik, itu bukan namanya beremosi? Orang perasanlah dik, bukannya orang tak perasan." Althaf lihat segala buku-buku Anggun yang setebal kamus ini.

Terlalu banyak tulisan dan perkataan asing. Althaf baca, Althaf sendiri yang pening. Baguslah Anggun suka benda-benda begini. Althaf tak dapat bayangkan jika Anggun tak suka tetapi memaksa diri buat hanya kerana mahu teruskan legasi Puan Murni.

"Anggun bukannya beremosi cuma Anggun tengah fikir jawapan pada pinangan Armada tu." Anggun memuncung bibir, duduk dilabuhkan pada birai katil.

"Sama sajalah, Anggun. Berfikir sampai tak keluar bilik. Mana orang tak risau?" Althaf tarik kerusi belajar Anggun agar dirinya dapat duduk berdekatan dengan Anggun.

"Jangan risau, Anggun tengah berkurung sebab nak berfikir, bukannya sebab Anggun heart broken atau terasa," ujar Anggun.

"Tapi pasti ada benda yang beratkan hati Anggun. Cuba beritahu abang, mana tahu abang boleh bantu redakan apa yang Anggun rasa." Althaf selesakan duduknya.

Kerusi belajar Anggun ini seolah jatuh daripada Syurga. Duduklah lama mana sekalipun, punggung tidak akan kebas. Kerusi mahal katakan. Tapi Anggun memang layak terima kerusi seempuk ini kerana sekali Anggun mula belajar, Anggun boleh duduk sehingga tiga jam tanpa bangun ke mana-mana.

"Oh abang dah tukar kerja pula ke? Dah jadi doktor psikiatri?" Anggun memerli dalam senyuman.

"Apa je yang abang tak boleh buat, Anggun? Bank bergerak pun abang boleh jadi. Kalau tidak... tak adanya adik boleh duduk dekat Emirates First Class setiap kali balik daripada UK." Althaf balas dalam bentuk perlian juga.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now