Tengku Budi Adiwarna tarik langsir tebal yang menutupi tingkap bilik. Serta merta, ruang yang tadi malap, lantas disinari cahaya pagi.
Budi sudah berjaga sejak subuh tadi. Jam sekarang hampir menunjukkan pukul 8 pagi, waktu di mana keluarga mereka sering jamah sarapan.
Budi capai telefon yang terletak atas meja kerja sebelum Budi menapak keluar daripada bilik tidur. Sambil berjalan, lelaki ini tidak henti melihat skrin telefon, periksa notifikasi apa yang tertinggal malam tadi.
Tiba saja di tangga istana, Budi buka aplikasi instagram secara rawak. Apabila nampak akaun Anggun muat naik sesuatu di Instagram Story, Budi lekas tekan akaun Anggun, mahu lihat apa yang Anggun muat naik. Sejak kahwin, inilah kali pertama Anggun muat naik sesuatu dalam instagramnya.
Terbeliak mata Budi apabila nampak sua foto sendiri terpampar jelas pada instagram Anggun. Langkah Budi terbantut, telapak kaki rasa di gam sepenuhnya pada tangga istana.
Anggun pilih gambar yang paling buruk pula tu! Semakin cuak Budi dibuatnya apabila sedar gambar itu di muat naik sekitar pukul 9 malam semalam. Mengapa Budi langsung tak sedar?!
"Anggun!" Budi tidak boleh berdiri diam lagi. Jejaka ini turun terus ke bawah dan segera menuju ke ruang santapan.
"Anggun." Budi pandang tempat duduk yang sering diduduki oleh Anggun.
Kosong.
"Kenapa Budi?" Tengku Teja menegur sang anak. Tiba-tiba saja Budi ini terlihat takut di pagi hari. Apa yang Anggun lakukan?
"Anggun mana bonda? Walid nampak Anggun?" laju mulut Budi mengungkapkan pertanyaan. Mana tidaknya, aib sedang rancak tersebar.
"Pagi tadi bonda rasa Anggun keluar berlari dengan Armada." Tengku Teja tidak nampak pula susuk anak dan menantunya sebaik tahu kedua mereka hendak lari di luar.
"Dah balik, ada di dapur," jawab Tengku Panji. Memandangkan Tengku Panji masuk ke dapur sebentar tadi, Tengku Panji tahulah anak menantunya berada di sana.
Tanpa sebarang suara dan ucapan terima kasih, Budi segera ke dapur rumah, hendak bertemu Anggun secara berhadapan. Benar kata Tengku Panji. Anggun dan Armada ada di dapur.
"Love pergi duduk, abang buatkan." Armada tutup peti sejuk sebaik bawa keluar kotak susu Anggun. Anggun yang hanya berdiri di sebelah Armada sedari tadi akhirnya akur dan ambil tempat di kerusi panjang pada kabinet dapur.
"Anggun!" tempik Budi seawal pagi.
Usah kata Anggun, pekerja di dapur itu juga terkejut dengar ada orang tiba-tiba menjerkah sewaktu ruang dalam keadaan tenang. Tubuh Anggun terenjut, memandang ke arah masuk dapur.
Spontan, Anggun tersenyum sinis. Pasti Budi sudah nampak gambar yang Anggun muat naik, sebab itu mukanya seperti anak yang tercekik telur. Budi terus hampiri Anggun. Geram pula si Budi memandang raut puas hati Anggun ini.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...