Garis-garis halus mula muncul pada wajah Leftenan Aakid. Mengapa video yang sedang berleluasa di lama sosial sekarang seolah menusuk jiwa Aakid ya? Aakid yakin, dia kenal wanita yang sedang jadi bualan para peminat Raja Muda Melaka ini.
Aakid keluar daripada bilik kawalan, langsung mencari Kapten Althaf di atas kapal kelas Lekiu milik TLDM ini.
"Althaf!" Aakid laung nama rakannya sebaik nampak bayang Althaf.
Tajam pendengaran Althaf, jejaka ini terus menoleh untuk cari wajah Aakid. Althaf yakin, Aakid yang memanggilnya.
"Ada apa?" tanya Althaf sebaik Aakid berdiri di hadapannya.
Sinaran matahari yang menyucuk kulit kedua jejaka ini langsung tak mengganggu mereka berdua.
"Kau dah tengok video yang viral dekat TikTok?" Aakid jawab dengan pertanyaan lain terlebih dahulu.
"TikTok? Aku tak ada aplikasi tu. Kenapa?" Althaf berdiri tegak di tempatnya.
"Aku je ke rasa, perempuan dalam video ni macam adik kau?" Aakid hulurkan telefonnya pada Althaf. Cahaya skrin sudah ditinggikan agar Althaf nampak isi telefon Aakid.
Berkerut-kerut kening Althaf menahan terik mentari sambil tonton video yang Aakid maksudkan.
Sekali pandang, wanita itu tak terlihat seperti Anggun tetapi apabila Althaf lihat lebih daripada tiga kali, hati Althaf yakin, wanita yang terlihat mesra dengan Tengku Armada itu merupakan adik Althaf.
"Anggun kan tu?" Aakid bertanya apabila Althaf berdiam diri agak lama.
"Itu bukan adik aku." Althaf buat keputusan untuk menipu walaupun jiwanya kuat mengatakan, ia adalah Anggun.
"Kau yakin? Aku rasa ini Anggun tau." Aakid bertegas.
"Aku tahu rupa adik aku macam mana. Lagipun adik aku dekat England, baru nak mula housemanship. Dah kenapa pula dia tiba-tiba terlihat dekat Malaysia? Jangan mengarut." Althaf berusaha untuk tidak terlihat seperti sedang bercakap bohong.
Althaf tak mahu Aakid tahu itu adalah Anggun. Tidak semena-mena, Aakid akan gelar Anggun sebagai wanita pengikis kerana terus bersama dengan anak Sultan.
Lagipun kebenaran tentang Anggun adalah wanita dalam video itu masih belum diketahui. Althaf perlu dengar sendiri daripada mulut Anggun, barulah Althaf boleh berfikir.
Aakid mengeluh kecil. Kenapa Althaf sibuk menafikan di saat Aakid yakin, wanita dalam rakaman ini adalah Anggun.
"Kalau dalam video ni adalah adik kau, macam mana?" Aakid buat keputusan untuk bertanya akan perkara itu.
Althaf balas pandangan Aakid. Sejujurnya, Althaf sendiri tidak tahu mahu kata apa sekarang. Althaf tak mahu fikir apa-apa sebelum dia tahu kebenaran daripada Anggun.
"Itu bukan adik aku." Althaf tinggikan sedikit suaranya, mahu Leftenan Aakid sedar yang dia sudah melampaui batas.
Althaf tahu, Aakid simpan perasaan pada Anggun tapi sejak awal lagi Althaf sudah beritahu Aakid, Anggun itu dibesarkan dengan kemewahan dan Althaf tak mahu Anggun ubah cara hidupnya kerana sebuah perkahwinan.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...