Tengku Sakti Armada pegang tubuh belakang sang isteri, berjalan dibelakang Anggun untuk memasuki sebuah restoran di kota Melaka yang menyajikan hidangan asam pedas.
"Budi dan Lily pergi cari tempat duduk. Abang dan Bima tengok lauk." Armada berkata.
Budi mengangguk setuju. Budi berhenti sebentar, mahu Anggun berjalan seiring dengannya. Seorang pengawal Budi dan Anggun turut masuk ke dalam kedai makan, ingin menjaga keduanya sementara yang lain berada di luar. Pengawal Armada serta Bima turut melihat kedua mereka di bahagian ambil lauk.
"Tuanku." Seorang pekerja kedai perasan akan kehadiran Raja Muda mereka.
"Tak apa, tak perlu layan kami." Armada tersenyum kecil. Mereka singgah secara mengejut jadi tak perlulah pekerja ini kelam kabut hendak layan mereka dan pelanggan lain.
"Sana Anggun." Budi tuding jari di meja kosong yang baru dibersihkan.
Laju saja Anggun menapak untuk ke sana. Boleh tahan ramai juga pelanggan di kedai ini, pasti hidangannya sedap-sedap belaka.
"Oop!" pantas Budi menarik lengan Anggun sebaik lihat tubuh Anggun hampir saja di langgar oleh seorang pelanggan di situ.
Budi ini walaupun menyakitkan hati dan banyak bicara, dia tetap tahu bila waktu sesuai untuk bergurau dan bila perlu serius.
"Sorry," ucap pelanggan tersebut tanpa lihat wajah Anggun.
"Okay?" Budi bertanya pada kakak iparnya.
Anggun mengangguk. Wanita ini ambil tempatnya di bahagian tengah meja, meninggalkan ruang kosong di sebelah kanan untuk Armada. Budi pula memilih untuk duduk di sebelah kiri Anggun sebentar sementara tunggu Armada tiba. Kot la kalau ada yang mahu tarik tudung Anggun ke, Budi ada untuk lindung kakak iparnya. Bersedia itu lebih bagus.
"Che Puan?"
Terkejut Anggun apabila dengar nama panggilannya di sebut. Anggun toleh kepala. Spontan, mata Anggun bertaut dengan mata seorang wanita. Bersinar-sinar mata wanita tersebut saat lihat wajah Anggun di hadapan mata.
"Che Puan." Wanita itu berdiri, beri penghormatan pada Anggun.
Refleks, Anggun turut berdiri. Tidak selesa Anggun apabila duduk saat di tegur seseorang.
Pantas, Riffat bertindak. Tangannya diletakkan di hadapan tubuh sang wanita yang menegur Anggun, tak mahu wanita itu terlalu dekat dengan Anggun.
"Riffat, tak apa." Anggun tersenyum kecil pada Riffat, ingin beritahu yang Riffat boleh biarkan wanita ini mendekat dengan Anggun.
Lambat-lambat Riffat tarik tangannya. Riffat berdiri tegak di sebelah kedua mereka, sentiasa bersedia untuk lindungi Anggun.
"Ya Allah Che Puan, tak sangka jumpa dekat sini." Wanita itu bercakap sambil tahan perasaan terujanya.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romantik"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...