53

2.7K 184 26
                                    

Tengku Sakti Armada kembali ke meja makan bersama pinggan kecil berisi kek kahwin mereka siang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada kembali ke meja makan bersama pinggan kecil berisi kek kahwin mereka siang tadi. Masih banyak lebihan kek itu. Memandangkan sewaktu majlis, Anggun tidak dapat makan kek itu sepuasnya, Anggun meminta Armada agar ambil sedikit, Anggun mahu rasa.

"Tapi Kesum tak tahulah mama tu kenapa... tengoklah, majlis ni pun mana dia nak datang. Sedangkan anak sedara sendiri kahwin. Agaknya, kalau Kesum beritahu Kesum tengah bercinta dengan lelaki dari kalangan orang awam, mesti dia mengamuk teruk." Kesum sambung luahkan perasaannya yang terpendam lama.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, Puan Murni dan Encik Adi serta Tengku Teja dan Tengku Panji sudah lama beredar, naik ke bilik. Mahu lena dan berehat. Tetapi anak-anak masih seronok duduk di restoran hotel, berbual sesama sendiri.

"Tapi lelaki tu bukan orang biasa, kan? Maksudnya, sama-sama berada?" Sephia mahu tahu serba sedikit akan lelaki yang bersama Kesum sekarang.

"Setaraf, anak ahli perniagaan cuma dia anak lelaki bongsu. Dia cuma ada syer sajalah dalam syarikat tu. Andai bapa dia nak turun daripada jadi pemilik syarikat, abang dia yang akan naik. Lelaki yang dengan Kesum sekarang lebih selesa dengan kerja dia sebagai engineer." Kesum menjawab bersama suara yang jelas terlihat sedih.

Dewi hela nafas panjang. Susah masalah Kesum ni. Dewi sendiri tidak tahu bagaimana hendak selesaikan persengketaan dalam keluarga Kesum ini.

"Maklang tu memanglah... macam dia pula yang putus cinta. Mujurlah paklang datang majlis harini. Kalau tak, kecil hati paklong." Halwa menyampuk, tangan sudah memeluk tubuh.

"Aku pun pening. Aku yang nak kahwin, dia yang sibuk cari pasangan untuk padankan dengan aku. Mama ingat kahwin untuk teruskan legasi Tengku saja? Kahwin tu dah la seumur hidup. Kesum tak tahu macam mana nak cakap pada mama. Sibuklah kata buruk tentang maklong aje. Penat telinga Kesum dengar." Kesum pegang kepala sendiri, serabut bila difikirkan.

Anggun hanya kekal diam daripada tadi. Armada juga sekadar mendengar. Hendak masuk campur, memang tidaklah. Sudahlah Armada seorang sahaja lelaki di balik sepupu-sepupu perempuannya.

Armada bukanlah mahu menyibuk dengar gosip terkini tapi disebabkan Anggun berada di meja ini, Armada labuh duduk dengan sang isteri. Jika Anggun tiada di sini, jangan haraplah Armada akan tunjuk muka dihadapan sepupu wanitanya.

"Paklang tahu tak kau bercinta dengan budak lelaki tu?" Seroja pula menyoal.

"Tahu..."

"Hm kalau aku, cukup wali aku je yang restu lepastu jalan! Kita nak kahwin perlukan wali, bukan isteri wali." Dewi bersama mulut lantangnya takkan pernah di tutup. Begitu saja Dewi hasut Kesum untuk membelakangi Tengku Anggerik.

"Entah kenapa... aku setuju dengan Dewi kalini." Halwa sahut cadangan Dewi.

Dewi jongketkan kedua belah bahunya. Sudah anak mahu kahwin, mak pula yang melebih-lebih tidak beri, sibuk mahu kenenkan dengan Armada yang sudah selamat jadi suami orang. Memang tidaklah Dewi mahu pandang baik pada Tengku Anggerik.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now