Tengku Budi Adiwarna terus-terusan mengetuk pintu penthouse yang menempatkan Armada serta Anggun. Sejak pukul 7:30 pagi, keluarga Armada dan keluarga Anggun cuba untuk raih kedua mereka tetapi tidak berjaya.
Sekarang, Budi, Bima dan Althaf sedang sibuk berdiri dihadapan ruangan beradu pengantin baharu itu, mencari cara untuk kejutkan keduanya. Hairan... jarang Armada dan Anggun bangun lewat.
Budi dan Bima kenal abangnya. Armada bukanlah seorang lelaki yang gemar tidur selepas Subuh. Mungkin ada sesekali, Armada lelapkan mata tetapi Armada hanya akan lelap mata selepas subuh jika Armada tiada apa-apa perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut.
Althaf pula sehingga sekarang tidak percaya, Anggun bangun lewat? Sangat mustahil. Sejak kecil, Anggun sudah dibiasakan bangun awal pagi. Apabila gadis itu meningkat dewasa, sukar untuk lihat Anggun bangun selepas pukul 9 pagi.
"Dapat tak?" Budi toleh kepala, memandang Bima yang sedang berusaha hubungi telefon pintar Armada.
Bima hanya geleng kepala. Pandangan Budi kemudian beralih melihat susuk Althaf pula. Abang Anggun ini juga tidak henti-henti raih telefon si adik. Namun, tak kira apa yang mereka lakukan, mereka tetap tidak dapat balasan daripada Armada serta Anggun.
Jam sudah menunjukkan pukul 8:55 minit pagi. Sebentar lagi, pukul 9:30, Anggun perlu mula bersiap, begitu juga dengan Armada. Tapi kelibat keduanya? Haram... langsung tidak menjengah pandangan sesiapa.
"Eh General Major, kau pula ketuk pintu penthouse diaorang ni. Sakit pula tangan aku ketuk tanpa henti. Sama sakitnya dengan mengharap pada jodoh yang tak pasti." Budi menapak beberapa tapak ke belakang seraya lihat kekura tangan sendiri.
Sudah mula naik merah. Ini... kalau Armada kekal memarah Budi lagi selepas ini, memang Budi akan beritahu apa pengorbanannya sewaktu hari persandingan Armada dan Anggun.
Budi keluarkan telefon pintar sendiri, ingin tangkap gambar akan belakang tangannya yang merah. Gambar ini akan jadi saksi bagaiman Budi terus berusaha demi abang dan kakak iparnya.
Sedang leka Budi menangkap gambar, telinga Budi tertangkap akan tumbukan kuat yang Bima beri pada daun pintu penthouse. Terenjut tubuh Budi dibuatnya kerana terkejut dengan bunyi tersebut.
Budi pandang susuk Bima yang terus-terusan menumbuk tanpa henti. Budi yang lihat... Budi yang gerun. Tercengang Budi di tempat dia berdiri. Tidak sangka, tenaga Bima sekuat itu. Hendak hairan, tapi Bima berpangkat Major General.
"Kau tercegat apa?! Call la abang kau!" Bima yang perasan akan tingkah Budi terus menengking pada kembarnya.
Orang tengah haru biru di sini, Budi masih boleh statik, tidak buat apa-apa? Memang tempah tengkingan.
Tersentak Budi apabila dijerkah begitu. Laju saja jari Budi menutup kamera telefon lalu dail nombor abang kesayangan mereka. Tegang suasana di luar ini sehingga Althaf pun langsung tak berbicara.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...