Tengku Sakti Armada lihat dirinya di hadapan sebuah cermin dalam bilik beradu. Armada tidak berkelip mata melihat wajah sendiri dari pantulan cermin itu.
Kepala Armada tidak henti mengulang momen di mana Armada lihat Anggun di tegur oleh seorang lelaki dalam kedai runcit di lapangan terbang. Entah kenapa, Armada rasa situasi itu begitu mengganggu ketenteramannya.
"Jadi apa yang buat Tengku rasa Tengku istimewa berbanding lelaki lain?"
"Saya takkan ikut arahan Tengku seperti mana dua orang pengawal ni patuh pada arahan Tengku"
"Tengku bukan sesiapa"
Suara Anggun kerap kali bermain dalam kotak fikiran Armada. Armada rasa peluangnya untuk dapatkan Anggun semakin tipis. Semakin lama Armada menunggu, Armada terasa seperti Anggun bakal di ambil oleh jejaka lain.
Tubuh Armada tersentak. Lelaki itu sedar daripada lamunannya setelah sekian lama berdiri di hadapan cermin. Armada geleng kepala sekali dua, ingin hilangkan segala perkara berat yang sedang Armada fikirkan.
Armada buat keputusan untuk keluar daripada bilik, terus turun ke bawah untuk ambil angin di luar istana. Namun, saat Armada terserempak dengan seorang pekerja istana, segala niat Armada langsung tergendala.
"Tuanku mahukan Tengku di ruang rehat utama istana." Pekerja itu memberitahu.
Armada tidak balas apa-apa, hanya berjalan terus ke ruang rehat. Ruang rehat dan ruang tamu tidak terletak pada tempat yang sama. Ruang rehat ini jauh lebih tertutup dan selesa. Tengku Panji sering juga habiskan masa di sini.
"Armada, duduk." Tengku Teja tegur anaknya beserta senyuman.
Armada ambil tempat berdekatan kedua orang tuanya. Budi serta Bima turut berada dalam ruang rehat ini, buat hal masing-masing. Tak hairan kerana hari ini merupakan hari cuti.
"Minggu hadapan adalah hari ulang tahun Armada. Armada mahu apa daripada kami?" Tengku Panji bertanya dengan baik.
Armada diam. Rautnya neutral seperti selalu. Walaupun riak Armada seolah tidak berperasaan, jejaka ini tetap sibuk memikir perkara yang dia patut minta sebagai hadiad daripada Tengku Panji dan Tengku Teja.
Budi serta Bima hanya diam, menjadi pemerhati. Suasana ini boleh dikatakan agak serius jadi mereka tak terfikir mahu lakukan lawak jenaka sekarang.
"Armada mahu ke UK." Itu saja yang Armada pinta.
Tengku Panji dan Tengku Teja saling pandang sesama sendiri. Tidak sangka Armada akan minta perkara begitu.
"Pada hari ulang tahun Armada?" Tengku Teja perlukan kepastian.
"Ya. Armada tak perlukan duit, Armada cuma mahu ke sana. Jika walid dan bonda tak mahu bayar kos Armada ke sana, Armada tak akan ambil hati." Armada cuma perlukan kebenaran dan bukannya tiket kapal terbang mahupun jet peribadi.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...