Althaf Luthfan tutup pintu rumah mereka. Keluarga diraja Melaka baru sahaja pulang selepas lama bersenang di dalam rumah mereka.
Althaf lihat jam sekarang, sudah pukul tiga petang. Boleh tahan lama juga mereka sekeluarga berbual dengan keluarga diraja negeri Melaka.
Althaf tidak kekok langsung saat berbual dengan Armada, Budi serta Bima. Begitu mesra ketiga mereka bercakap dengan Althaf, seolah rakan baik. Armada tidak begitu banyak bicara tetapi Althaf tetap selesa dengan perilaku Armada.
Orang seperti Armada itu bukan tidak mesra cuma dia hanya akan bercakap jika perlu. Raut wajahnya tidak tegang, hanya neutral sahaja. Ada masa, Armada akan tersenyum saat adik kembarnya lakukan lawak jenaka. Bila lihat, memang sesuai dipandankan dengan Anggun yang banyak mulut.
"Allah suamiku... anak perempuanmu dirisik Putera Raja." Puan Murni pegang kepalanya seraya berjalan untuk ambil tempat duduk di sofa ruang tamu.
"Abang masih tak percaya ni, Murni. Tak ada berita, tak ada tanda, tiba-tiba saja mereka berkenan pada Anggun. Anggun ni pun satu, sikit pun dia tak beritahu kita, dia berteman dengan keluarga diraja." Encik Adi turut labuh punggungnya.
"Siap dah berjumpa keluarga Tengku Armada. Licik betul anak dara abang tu. Bersih dia buat kerja. Sikit pun saya tak ragukan dia." Puan Murni geleng kepala.
"Murni rasa, ketibaan Sultan Melaka di kem abang dan kem Althaf beberapa bulan lepas ada kena mengena ke dengan Anggun?" Encik Adi tiba-tiba terfikirkan perkara itu.
Sehingga sekarang Encik Adi hairan seribu, pelik bila Sultan Melaka buat lawatan mengejut ke kem ketenteraan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan. Kalau lakukan lawatan di kem tentera Melaka, tidaklah begitu pelik.
"Boleh jadi juga, bang," ujar Puan Murni.
"Althaf yakin, Tengku Panji ke kem kita kerana mahu berjumpa dengan Althaf dan abah. Lagipun, mama abah, tanda tu bukan tak ada cuma tak sampai saja pada mama dan abah." Althaf menyampuk perbualan orang tuanya.
"Maksud Althaf?" Encik Adi berkerut kening. Puan Murni juga mahu tahu makna sebenar di balik ayat Althaf itu.
"Satu bulan yang lepas, ada satu video viral di media sosial. Video tentang Armada sedang bermesra dengan seorang gadis. Bila Althaf tengok video tu banyak kali, Althaf yakin, perempuan dalam video tu adalah Anggun. Althaf nak tanya pada Anggun tentang benda tu tapi tak jumpa masa yang sesuai." Althaf bercerita ringkas.
"Bermesra? Mesra yang macam mana?" terbuntang juga mata Encik Adi. Risau kalau anak perempuannya lakukan sesuatu yang melanggar batas antara lelaki dan perempuan.
"Bukanlah mesra macam pasangan yang dah kahwin. Cuma, Armada tu kan susah sangat mahu senyum atau beri riaksi. Tapi dalam video tu, mereka nampak yang Armada senyum pada Anggun dan mereka nampak Armada pandang Anggun dengan tatapan kasih. Itu saja. Mereka tak ada bersentuh, terlalu rapat pun tidak." Althaf menerangkan, tak mahu bapanya salah faham.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...