Tengku Sakti Armada dan Anggun Lilyann tiba semula di Istana Melaka sebaik jam menunjukkan pukul 11:45 minit malam. Satu jam juga mereka berada di luar, berbual dan saling menegur rakyat di luar.
"Mama nak balik dah?" Anggun menyapa sang ibu yang sudah siap sedia bersama beg tangannya.
"Ya, abah dengan mama nak balik dah. Abang Althaf pun dah nak balik sekali cuma tak tahu ke mana menghilang. Pergi tandas agaknya." Puan Murni cari kelibat Althaf sebentar.
Memang tidak terlihat di mana-mana. Tak apalah, pandailah anaknya itu cari jalan pulang. Lagipun kenderaan yang membawa mereka serta Althaf merupakan kenderaan yang berbeza.
"Okay ma... abah dengan mama balik Kuala Lumpur lusa kan? Bukan esok kan?" Anggun mahukan kepastian.
Langkah keempat mereka di orak untuk dekati kenderaan Encik Adi dan Puan Murni yang sudah terparkir.
"Ya, kami balik lusa. Kami ingat nak jalan dulu sekitar Kota Melaka ni. Tengok tempat-tempat yang ada hiasan kahwin Anggun sebelum mereka buka," ujar Puan Murni.
"Anggun dan Armada pun rancang nak keluar esok. Kami nak ke tempat-tempat yang sama dengan mama. Kalau terserempak, tegur tau anak mama ni." Beria Anggun memesan seolah Puan Murni dan Encik Adi akan lupakan Anggun pula.
"In Shaa Allah," ucap Puan Murni dalam senyuman.
"Singgah ke sini juga mama abah, boleh tengok rumah kami. Tak jauh, 500 meter saja dari istana." Armada mencelah, mahu ajak kedua ibu bapa mertuanya lihat rumah baru Anggun.
"Haah mama. Rumahnya cantik! Rumah Raja Muda. Esok abah datang tau." Anggun turut mengajak.
"Iyalah. Kami datang. Untuk malam ni... kami balik dulu ya? Anggun duduk di sini baik-baik." Encik Adi usap kepala sang anak seperti selalu.
"Okay abah." Anggun bersalaman dengan Encik Adi terlebih dahulu. Tubuh tegap bapanya di peluk erat sebelum beralih pada Puan Murni.
"Bawa mereka dengan selamat." Tegas pesanan Armada pada pemandu istana ini.
"Baik Tuanku." Pemandu itu hanya mengikut perintah.
"Armada, jaga anak abah baik-baik. Abah letak kepercayaan abah pada Armada. Anggun ni memang terkadang memeningkan kepala, emosinya tak menentu, kerap marah. Abah harap dan abah doakan, Armada sentiasa di beri kesabaran untuk terus bersama Anggun"
"Jangan sakitkan tubuh badan dia, jangan tinggi suara pada dia. Inilah satu-satunya anak perempuan abah. Anak perempuan yang bakal tarik abah ke Syurga, dia sajalah satu-satunya yang abah ada. Gembira dia, gembiralah abah. Abah harap... Armada sentiasa gembira hidup menua dengan Anggun seperti mana abah dan mama gembira besarkan dia." Encik Adi bercakap dengan Armada terlebih dahulu.
Anggun yang mendengar sudah ketap bibir. Kenapa suasana tiba-tiba berubah sebak pula ni. Sedih Anggun jadinya.
Armada mengangguk sekali dua. Senyuman turut terukir buat bapa mertuanya.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...