07

2.3K 153 3
                                    

Tajam mata Tengku Teja, daripada jauh Tengku Teja boleh nampak tangan Budi dikeluarkan untuk ambil seketul kuih keria gula melaka yang sudah terhidang atas pinggan kaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tajam mata Tengku Teja, daripada jauh Tengku Teja boleh nampak tangan Budi dikeluarkan untuk ambil seketul kuih keria gula melaka yang sudah terhidang atas pinggan kaca.

Tengku Teja langsung pukul kekura Budi, elak jejaka ini daripada curi makanan yang sudah terhidang cantik.

"Budi kalau nak makan, ambil yang belum di hidang. Dalam pinggan ni semua dah di hidang untuk Anggun," tegur Tengku Teja bersama kerutan kening.

"Ala sambil satu je bonda." Budi keluarkan jari telunjuknya, menunjukkan angka satu.

Tengku Teja geleng kepala.

"Apa kata Budi pergi mandi. Daripada pagi Budi duduk dekat dapur ni dengan bonda. Bonda pun dah mandi, Budi pula tak mandi-mandi. Tengok jam dah pukul berapa." Tengku Teja tuding jari pada jam dinding dalam dapur kering mereka.

Budi lihat jam yang Tengku Teja maksudkan. Sudah pukul 12 tengah hari. Ada betulnya juga. Lupa pula Budi yang dia belum mandi.

Tanpa sebarang bunyi, Budi keluar daripada dapur kering ini, mahu masuk bilik dan bersihkan diri. Barulah macho sikit saat sambut Anggun nanti.

"Mumtaz, tolong bawa makanan-makanan ni di meja santapan utama ya. Susun cantik-cantik, bakal menantu saya hampir tiba." Tengku Teja arahkan salah seorang pembantu dapur yang ada.

"Baik Tuanku." Mumtaz bawa kuih-kuih ini ke hadapan dengan penuh hati-hati.

Kesemua menu yang disebutkan oleh Budi dan Bima di buat oleh Tengku Teja. Cuma tiada laksa dan juga dodol sahaja. Makanan lain? Sempurna terletak di atas meja. Harapnya, Anggun berpuas hati dengan layanan mereka sekeluarga.

Apabila Tengku Teja pastikan semuanya sudah terletak pada tempat masing-masing, barulah Tengku Teja keluar daripada dapur, cari suaminya di ruang tamu kecil dalam istana ini.

"Armada pun ada." Tengku Teja tersenyum memandang Armada, tidak sehingga Tengku Teja perasan akan pakaian yang Armada kenakan.

Tengku Teja berdiri di hadapan Armada yang sedang duduk senang. Armada balas pandangan ibunya bersama riak bersahaja.

"Kenapa, Teja? Duduklah. Gugup pula Armada ni bila you tenung dia macam tu." Tengku Panji menegur sang isteri.

"Armada, ini baju yang mana? Bonda rasa bonda tak pernah beli baju kemeja Hermes untuk Armada." Tengku Teja ajukan soalan maut.

Lidah Armada kelu. Macam mana pula Tengku Teja boleh perasan akan baju baharu Armada ni? Siap kenal jenama. Sedangkan baju kemeja ini sama saja dengan kemeja Armada yang lain. Benarlah, mata wanita jauh lebih teliti.

Tengku Panji lihat baju anaknya. Pada mata Tengku Panji, Armada sudah banyak kali pakai kemeja hitam begini. Kemeja ini sama saja seperti kemeja-kemeja Armada yang lain.

"Armada beli, dah lama. Baru nak pakai." Tipu Armada.

Armada baru saja beli kemeja ini saat tahu Anggun bakal datang ke sini. Baru satu minggu yang lepas. Tapi disebabkan Armada tak mahu terima senyuman menjengkelkan daripada sang keluarga, Armada bertindak untuk tipu sunat.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now