42

2.1K 159 0
                                    

Anggun Lilyann terjaga daripada lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anggun Lilyann terjaga daripada lena. Wanita ini tarik nafas dalam sebelum baring menelentang. Lengan menutup kedua belah mata.

Serentak itu, Anggun terfikir akan solat subuhnya. Laju aje gadis ini bangun dan cari telefon pintar di almari kecil sebelah katil. Keadaan bilik yang gelap bersama pandangan yang masih kabur menyukarkan Anggun untuk dapatkan telefon miliknya.

Akhirnya Anggun gosok mata, cari jam dinding dalam bilik ini. Jarum jam menunjukkan pukul 6:30. Anggun bangun dan bergerak ke pintu gelengsar kaca dalam bilik ini yang membawa ke beranda bilik.

Anggun tolak langsir yang menutupi pintu longsor tersebut. Gadis ini langsung hela nafas lega sebaik lihat suasana gelap di luar sana. Maksudnya sekarang pukul 6:30 pagi dan bukannya 6:30 petang.

Anggun langsung tidak ingat apa-apa selepas pulang daripada tempat karaoke semalam. Anggun naik ke bilik, tukar pakaian dan terus naik atas katil. Akibat sakit kepala, Anggun bantutkan niat hendak mandi. Beritahu Armada yang Anggun sudah sampai di istana pun Anggun tidak teringat hendak lakukan.

Anggun bergegas ke bilik air, mahu bersihkan diri agar tubuh lebih segar sebelum dirikan solat. Selepas selesai tunaikan kewajipan, barulah Anggun mahu hubungi Armada, meminta maaf kerana perihal malam tadi.

"Mana pula telefon ni..." kesabaran Anggun semakin tipis apabila telefon pintar miliknya langsung tak kelihatan di mana-mana.

Segala bantal atas katil itu sudah di campak ke lantai. Selimut juga sudah di kibas berkali-kali, hendak cari telefon punya fasal. Laci almari kecil? Jangan tanya, semuanya sudah di buka dan diselongkar.

Anggun akhirnya terduduk di atas lantai. Bantal berdekatannya di pukul bagi melepaskan kegeraman. Hari masih awal tapi kesabaran Anggun sudah di uji begini. Selang sesaat, Anggun beristighfar ketika sedar dirinya terlalu ikutkan nafsu amarah.

"Ingat balik Anggun... ingat, bila kali terakhir kau nampak telefon kau." Anggun pejamkan mata, mahu imbas semula benda yang dia lakukan semalam.

Anggun ingat, dia ada keluarkan telefon sebaik tiba di ruang bilik karaoke buat mereka berempat. Anggun tinggalkan pesanan pada Armada, memberitahu yang Anggun sudah tiba di tempat karaoke. Kemudian, telefon itu diletakkan atas meja.

Pantas, Anggun buka semula kelopak mata, memandang terus ke hadapan. Telefonnya tertinggal di bilik karaoke itu ke? Anggun ada masukkan semula ke telefon dalam beg? Makin serabut kepala Anggun dibuatnya.

Anggun sudah geledah beg tangan yang digunakan malam tadi tapi tiada kelibat alat peranti leper di dalam sana. Ada satu lagi kemungkinan, Anggun tertinggal telefon di dalam kereta. Mungkin Anggun keluar kedai sambil pegang telefon di tangan. Saat Anggun tertidur, telefon itu terlepas dan jatuh di sekitar perut kereta.

Anggun terus bangun, capai tudung sarung yang sering digunakan sebelum keluar daripada bilik. Anggun mahu cari telefon pintarnya di dalam kenderaan milik Anggun. Harapnya telefon Anggun ada di sana. Kalau tidak... matilah Anggun perlu cari telefon di tempat karaoke pula.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now