Tengku Sakti Armada berjalan perlahan-lahan, mengekori pekerja Taman Haiwan ini sambil dengar penerangannya tentang setiap perkara yang mereka lihat.
"Berapa usia harimau itu? Badannya tampak tegap." Armada bertanya pada seorang pekerja bernama Farhan.
"Usianya baru cecah 12 tahun, Tuanku," jawab Farhan.
Tengku Armada mengangguk. Senang hati jejaka ini apabila lihat kawasan taman yang begitu bersih dan terjaga. Haiwan-haiwannya juga tampak seperti cukup makan dan cukup rehat. Kawasan buat binatang mereka juga cukup luas.
"Saya harap, taman haiwan ini kekalkan kawasan yang bersih dan terjaga. Beri makan haiwan dengan cukup, jangan buat haiwan-haiwan ni tertekan. Janganlah bersihkan kawasan kerana saya hadir saja." Armada tiba-tiba kuatkan suaranya, mahu setiap pekerja yang membimbing Armada dengar akan nasihat itu.
"Baik Tuanku. Pengasas taman haiwan ini juga memang pencinta haiwan yang tegar. Jadi kami sebagai pekerja memang diarahkan untuk jaga haiwan-haiwan ni dengan baik," kata seorang ketua bagi pekerja-pekerja dalam taman haiwan ini.
"Bagus." Armada memuji sepatah.
Harapnya, mereka benar-benar ambil berat akan nasihat Armada. Armada tak berapa gemar lihat binatang di kurung tetapi Armada juga tahu ini adalah salah satu inisiatif untuk ajar anak-anak kecil tentang haiwan.
Ada baik dan ada buruknya jika taman haiwan begini diwujudkan. Namun, jika haiwan yang berada dalam taman haiwan ini di jaga dengan baik, dengan penuh kasih, keburukan itu akan ditutupi dengan kebaikan manusia yang menjaga.
"Tuanku, ini adalah taman bunga khas yang di buat untuk pengunjung. Pengunjung boleh petik bunga-bunga dalam taman ini dan bawa pulang ke rumah. Tempat ini memang sesuai untuk pasangan yang sedang bercinta." Ketua pekerja itu tunjukkan pula kawasan taman bunga yang agak luas.
Armada berhenti berjalan. Jejaka itu pandang taman bunga yang berpagar sebelum lihat papan tanda yang berada di luar taman bunga tersebut.
"Pengunjung perlu bayar untuk masuk ke taman bunga ni?" Armada lihat wajah si pekerja.
"Ya, Tuanku. RM10 saja untuk satu kepala dan pengunjung bebas untuk petik seberapa banyak bunga yang pengunjung mahu. Kami juga ada sediakan pasu plastik kecil berisi air dan sedikit baja. Pengunjung boleh letakkan bunga yang di petik ke dalam pasu itu dan bawa pulang bersama bunga segar," jawab pekerja yang sama.
Armada mengangguk.
"Saya mahu masuk ke dalam. Nanti minta pada pembantu saya, RM100." Armada meminta dengan baik.
"Eh, Tuanku tak perlulah bayar. Masuk saja Tuanku. Percuma untuk Tuanku." Pekerja itu tersenyum kekok.
Farhan bergerak untuk buka pagar kayu agar Armada dapat masuk ke dalam.
"Tak apa, sumbangan saya." Armada menapak ke dalam kawasan taman bunga ini dengan penuh hati-hati.
Penuh kawasan ini dengan pelbagai bunga segar. Mekar bunga-bunga itu tumbuh. Pandai pengasas taman ini menjaga bunga-bunga tersebut.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...