Tengku Sakti Armada menapak ke ruang berdandan dalam istana utama Melaka. Jam baru menunjukkan pukul lapan pagi, sejujurnya ia masih awal untuk Armada memakai segala baju dan aksesorinya.
Jadi, Armada bertindak untuk berjalan di sekitar istana bersama seluar slack hitam kegemaran sang jejaka dan juga baju pagoda putih yang menutupi tubuh sasanya.
Tidak pernah lagi Armada berjalan di sekitar istana memakai pakaian begini. Baju pagoda itu terlalu nipis jika mahu dibandingkan dengan baju biasa yang sering dikenakan oleh Armada. Nak pula... baju ini melekap pada tubuh.
"Lily." Suara Armada menegur terdengar daripada muka pintu ruangan berdandan.
Jurusolek istana buat keputusan untuk berhenti solek wajah Anggun seketika, hendak beri Anggun masa menyahut panggilan Armada.
"Ya?" Anggun toleh kepala, memandang ke arah pintu masuk. Armada terlihat sedang menapak untuk dekati Anggun dihadapan cermin besar buat menyolek.
Terbuntang mata Sephia pandang tubuh Armada. Penata rias wanita itu juga turut tersedak ketika sedar bagaimana seksinya Raja Muda Melaka ini sekarang.
Anggun terlihat biasa dan tenang, duduk di tempatnya, menunggu sehingga Armada beritahu apa yang jejaka itu inginkan sehingga cari Anggun di sini.
Pandangan mata Sephia perlahan-lahan beralih pada susuk Anggun. Sephia tercengang, tidak percaya yang Anggun tampak neutral dengan pemakaian Armada sekarang.
'Kalau isteri dia terkejut, itu lagi hairan. Sudah kalau tiap malam hadap badan yang sama, memanglah Anggun nampak biasa aje sekarang.' Sephia bermonolog sendiri dalam hati. Anggun itu isteri Armada, tak peliklah kalau Anggun tidak terkejut.
'Yang kau ni... pergi pandang suami orang macam nak terkeluar biji mata dah kenapa?! Astaghfirullah Sephia!' Sephia tampar peha sendiri sebelum bangkit dari kerusi, mahu keluar dan pergi ke tempat lain.
"How are you, love?" Armada berdiri di sebelah Anggun, masukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar sebelum tenung terus ke dalam mata Anggun.
"Fine but can I ask you for something?" Anggun ketap bibir seketika, tidak tahu sama ada dia dibenarkan untuk makan ataupun tidak sekarang.
Armada jongket kedua belah kening. Tubuh tinggi lampai Armada dibongkokkan untuk rapatkan telinga pada bibir Anggun.
"Bonda ada buat puding karamel semalam, bonda letak dalam bekas bulat kecil-kecil tu. Sayang mahu... boleh?" Anggun lembutkan nada, mahu pujuk Armada.
Armada mengangguk.
"Sekejap, abang ambilkan." Armada pegang kepala Anggun seketika sebelum menapak keluar daripada ruangan berdandan ini.
Anggun tersenyum senang. Tiba-tiba pula tekak teringin mahu makan benda sejuk. Risau juga Anggun, takut dia tidak dibenarkan makan sekarang.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...