60

2.3K 171 2
                                    

Tengku Sakti Armada keluar daripada perut kereta sebelum pantas matanya mencari susuk Anggun yang keluar mengikut pintu penumpang bertentangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Sakti Armada keluar daripada perut kereta sebelum pantas matanya mencari susuk Anggun yang keluar mengikut pintu penumpang bertentangan.

Senyuman sudah terhias pada wajah Anggun, seronok apabila kembali ke bumi Melaka, melihat kawasan istana selepas satu minggu tinggalkan tempat ini.

"Menantu bonda dah balik!" riang suara Tengku Teja sebaik tiba di muka pintu istana. Tidak sabar-sabar mahu dapatkan Anggun yang baru pulang.

"Assalamualaikum bonda," tegur Anggun begitu sopan seraya hulurkan tangan untuk bersalaman.

"Waalaikumussalam." Sebaik bersalaman, Tengku Teja lekas memeluk tubuh gadis kesayangannya ini.

"Peluklah Budi pula. Budi pun haus pelukan." Laju aje mulut si Budi ini terbuka ketika nampak betapa terujanya Tengku Teja menyambut kepulangan Anggun.

Anggun itu pergi selama tujuh hari bukannya tujuh bulan tetapi cara Tengku Teja sekarang seolah si gadis menghilang dalam jangka masa yang lama. Sayang benar pada menantu sulungnya.

"Peluk engkau buat apa... rasa tulang..." Bima menyahut bersama suara rendah. Kedua belah tangan sudah dimasukkan dalam kocek seluar.

Pelukan Anggun dan Tengku Teja terlerai. Kedua-duanya sama-sama mengabaikan segala bicara Budi. Tak guna melayan. Jika dilayan nanti makin rancak mulut jejaka tersebut.

Anggun dapatkan bapa mertuanya pula. Di salam tangan sasa itu sebelum dakap tubuh Tengku Panji. Anggun rasa seperti balik ke pangkuan keluarga. Kegembiraaan dapat berjumpa Encik Adi dan Puan Murni masih tersisa. Kini, kebahagiaan Anggun berlipat kali ganda apabila kepulangannya di sambut dengan baik oleh keluarga Armada.

"Bawa masuk saja ke dalam. Letak dihadapan bilik kami." Armada beri arahan pada pekerja istana yang bertugas untuk bawa beg-beg bagasi Armada serta Anggun.

"Baik Tuanku"

"Armada? Kenapa bonda tengok kamu makin kacak ni?" Tengku Teja sentuh sedikit kemeja yang dikenakan oleh Armada. Bukan main... dua butang baju kemeja di buka, membuatkan Armada terlihat lebih kacak dan bergaya.

"Bonda." Armada hanya bersalaman sekilas sebelum beralih untuk salam Tengku Panji pula. Segala pujian Tengku Teja itu diabaikan. Tiada tinggal apa-apa sisa pun di hati Armada.

"Hmm... tengoklah siapa yang menjaga sekarang." Bima tolong jawabkan bagi pihak Armada. Bibir turut di cebik kerana Bima sedar betapa berserinya wajah Armada sekarang. Seronok sangatlah tu beristeri.

"Iyalah... dulu tak terjaga, sekarang ada yang menjaga." Budi menyahut ayat si Bima, sama-sama hendak kenakan Armada.

Armada kekal neutral, sikit pun tak terganggu dengan sindiran halus adik-adik lelakinya.

"Ada aje mulut korang berdua ya." Anggun pincing mata memandang Budi dan juga Bima.

"Betul. Tak boleh ke beri Anggun ni tenang sekejap? Bising aje." Tengku Teja turut marah anak kembarnya. Boleh tertekan Anggun jika terus duduk bersama Budi dan Bima.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now