72

1.9K 205 9
                                    

Tepat pukul 9 malam, Tengku Sakti Armada dan Anggun Lilyann sudah tercegat di dalam bilik tidur mereka dalam istana, mahu berehat kononnya kerana Anggun pening kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tepat pukul 9 malam, Tengku Sakti Armada dan Anggun Lilyann sudah tercegat di dalam bilik tidur mereka dalam istana, mahu berehat kononnya kerana Anggun pening kepala. Sedangkan Anggun sudah okay sejak tidur lama petang tadi.

Anggun baru sahaja berniat hendak duduk di ruang tamu istana, memujuk Budi ataupun Bima supaya jadi bahan uji kaji Anggun. Tetapi panggilan daripada Armada benar-benar menghalang semua itu.

"Lily tak mengantuklah, abang..." tak berhenti Anggun sebut ayat itu tapi tak juga Armada beri apa-apa kata balas.

"Pergi gosok gigi, basuh kaki, buat skincare Lily. Lepastu naik katil, rehat, tidur. Pejam saja mata walaupun tak mengantuk." Armada keluarkan arahan dengan agak tegas. Anak matanya tajam memandang ke arah Anggun yang sedang memuncung bibir.

"Hisy! Dasar hulk!" Anggun membentak tapi kaki tetap juga jalan masuk ke bilik pakaian, terus tuju ke bilik air.

Armada turut ke ruang pakaian, ingin pastikan isterinya masuk terus ke bilik air. Anggun ini cakap sahaja tidak mengantuk. Nanti bila bilik sudah gelap gelita, Armada pula usap tubuh belakang Anggun sambil eratkan pelukan, semudah itu saja Anggun di buai mimpi.

Armada tak mahu Anggun tidur lewat lagi mulai daripada hari ini. Biarlah wanita itu terlebih tidur daripada sakit kepala seperti petang tadi. Armada hanya berdiri di muka pintu bilik pakaian, menanti sehingga Anggun keluar daripada tandas.

Apabila pintu terkuak sahaja, Anggun segera dapatkan suaminya yang berdiri seperti tiang lampu pada muka pintu.

"Abang abang abang." Laju bibir Anggun mengucapkan nama panggilan Armada. Nadanya baik, tidak lagi memarah seperti beberapa minit lepas.

"Ya sayang." Lembut Armada menyahut seruan sang isteri.

"Pencuci muka sayang dengan moisturiser dah nak habis," beritahu Anggun bersama wajah polosnya. Baru teringat untuk beritahu Armada sedangkan Anggun sudah lama perasan akan benda itu.

Armada diam untuk beberapa saat, cuba untuk ingat jadual Anggun pada hari esok. Anggun cuma ada kelas menunggang pada hari esok.

"Biasanya lepas kelas menunggang, sayang pasti penat, betul?" soal Armada untuk kepastian tuan empunya badan. Daripada apa yang Armada perasan, begitulah Anggun setiap kali pulang daripada padang menunggang.

"Hmm ya." Anggun mengangguk kepala. Memang betul, Anggun akan keletihan. Ingat mudah ke mahu fahami emosi kuda sendiri? Dengan panas teriknya. Ya Allah... tertekan juga Anggun kadang-kadang.

"Tapi selain esok, bila saja yang sayang lapang?" Armada tak rasa dalam masa satu minggu ini, Anggun ada hari lapang lain selain esok.

Minggu hadapan pula, Anggun sudah mulakan latihan perubatan. Lagi sibuklah wanita itu dengan kerjanya.

"Kenapa? Lily ada banyak masa lapanglah abang. Hari Rabu, Lily ada rehat tiga jam. Hari Khamis pula pagi tu Lily lapang sampai pukul 11 pagi." Anggun sudah hafal jadualnya. Mana tidaknya... hari-hari tengok benda yang sama.

[OG] SESAL TERINDAHWhere stories live. Discover now