Tidak berkelip mata Riffat Rizqullah menatap pemandangan dihadapan mata. Anggun sedang tenang duduk di kawasan berehat yang berada di luar istana. Ruang ini terletak dalam rumah kaca yang tertutup, dikekelilingi bunga yang mengharumkan lagi ruangan tersebut.
Terdapat meja serta kerusi di dalam ruang itu membuatkan Anggun ambil keputusan untuk luangkan masa, membaca buku perubatan di dalam ruangan ini. Sudah hampir satu jam juga Anggun berada di sini bermakna sudah satu jam Riffat terus memerhati Anggun.
Riffat buat keputusan untuk ambil satu tapak ke hadapan, ingin lihat apa yang sedang Anggun bacakan. Riffat tahu, Anggun sedang baca buku perubatan cuma Riffat mahu tahu dengan lebih spesifik, Anggun baca tentang apa?
Anggun sedar yang Riffat semakin dekat. Perkara itu langsung tidak ganggu Anggun. Bukannya bahu mereka saling berlaga tetapi Anggun tertanya, kenapa Riffat tiba-tiba mendekat?
Anggun panggung kepala, memandang Riffat yang sedang berdiri. Saat itu juga, Anggun menangkap yang Riffat sedang sibuk mengerling buku tebal Anggun. Kelam kabut Riffat alihkan pandangan saat Anggun angkat kepalanya.
"Awak nak tanya apa-apa ke, Riffat? Bukan saya dah beritahu, kalau kita berada dengan sesama sendiri, tak perlulah terlalu serius." Anggun bertanya dengan baik, kot la Riffat mahu menyoal sesuatu.
Riffat tidak menjawab malah pandangannya hanya tertumpu pada buku yang berada dihadapan Anggun. Anggun lihat bukunya sebelum tutup buku tersebut, mahu Riffat baca tajuk buku itu.
'Neuroanatomy...' Riffat baca tajuk buku tersebut dalam hati. Gambar otak pada kulit buku tersebut cukup untuk beri Riffat faham yang buku itu menceritakan tentang otak manusia.
"Riffat tahu tak macam mana otak manusia ni berfungsi?" Anggun cuba bertanya.
"Jantung pam darah ke otak, otak berfungsi." Riffat hanya beri perkara asas yang dia ketahui.
Anggun tertawa kecil seraya mengangguk perlahan-lahan.
"Betul. Tapi Riffat tahu tak, dalam otak kita ada satu sel, namanya Neuron. Neuron ni adalah sel yang paling utama dalam otak kita. Ia adalah tunjang dalam otak manusia. Semua isyarat perlu melepasi neuron kemudian ia akan diterjemah pada perasaan, perangai, pergerakan, pemikiran, memori dan deria." Anggun ringkaskan maklumat yang dipelajari agar Riffat faham maksudnya.
"Seolah mesin buat spaghetti. Kita masukkan doh dalam mesin kemudian mesin tu akan keluarkan bentuk-bentuk spaghetti yang pelbagai." Riffat beri contoh lain yang lebih mudah difahami.
"Pandai!" Anggun tersenyum suka.
"Neuron ni ada tiga bahagian. Setiap mesej yang neuron terima, dia perlu lalu tiga bahagian ini terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan sinaps. Bila mesej itu sampai pada sinaps, ia akan lepaskan satu poket kecil yang hasilkan kimia. Kita panggil kimia neurotransmiter"
"Neurotransmiter ini akan ke reseptor di dalam dendrit sel yang terdekat. Proses itu akan terus berulang dan berulang. Akhirnya, neurotransmiter akan memberi isyarat ke sel lain, iaitu sel hati, sel kulit, atau buat penghantaran mesej baharu. Isyarat tu la yang wujudkan gerakan, perasaan dan perkara lain." Anggun menerangkan lebih lagi.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...