Anggun Lilyann beri fokusnya pada cerita Budi. Seronok pula gosip mereka petang ini sehingga menarik perhatian Anggun sepenuhnya untuk mendengar.
Eryna yang turut berada di lobi hotel ini tidak berkelip mata memandang Budi. Besar lubang telinganya menangkap semua bicara sang putera dan semat di kepala.
"Budi tak ada masalah, nak minat Budi, minatlah. Nak beritahu dia minat pada Budi juga, okay terima kasih sebab beritahu awak suka saya. Tapi tak perlulah sampai menyelongkar semua benda pasal Budi. Benda paling gila, ada satu harini, Bima dia terima DM daripada perempuan tu. Perempuan tu bagi gambar dekat Bima sebab dia tak boleh DM Budi, Budi dah block dia"
"Bima pun bukalah DM tu, tengok gambar apa dia hantar. Sekali... gambar Budi tengah duduk senang dekat pangkin luar istana. Berdekatan dengan taman istana. Gila tak?" bersemangat sungguh Budi cerita pada Anggun dan Eryna.
"Scarynya? Memang gambar tu dia tangkap sendiri?" mata Anggun membundar.
"Ya, Anggun. Gambar tu kabur macam gambar yang di zoom habis-habisan tau. Telefon tiga dan empat tahun lepaskan kalau zoom aje, gambar pecah. Memang dia ambil dan dia hantar pada Bima. Lepastu Bima cuaklah, dia panggil Budi masuk. Then Bima bagitahu walid. Walid terus arah pengawal untuk cari perempuan tu sekitar istana"
"Jumpanya dekat belakang pokok-pokok perhiasan istana. Dia duduk situ. Budi kata, apa masalah sampai macam tu sekali nak minat dekat orang? Tak berbatas." Budi geleng kepala.
"Macam mana dia boleh lepas masuk kawasan istana?" Anggun menyoal.
"Itulah yang paling hairan. Bila polis tanya, dia tak jawab. Lepastu, walid cek semua CCTV. Sampailah ada satu CCTV ni, menampakkan susuk dia curi masuk dalam istana. Dia curi masuk waktu bila tau, Anggun? Pukul tiga pagi, waktu tentera dekat pintu gerbang tengah nak tukar shif"
"Shif waktu malam kan tukar sebanyak tiga kali. Pukul 7 petang sampai 10 malam. 10 malam sehingga 3 pagi. 3 pagi sehingga 7 pagi. Anggun tahu kan shif tu?" Budi mahu lihat sama ada Anggun tahu atau tidak.
"Tahu, shif malam memang tukar tiga kali," jawab Anggun.
"Jadi waktu shif pukul tiga. Mereka kalau nak tukar shif kan, perlu berbaris, ketua akan pastikan semua ada, baru mereka akan lepaskan pulang. Lepastu periksa pula tentera yang masuk untuk shif seterusnya. Jadi waktu tengah leka-leka tu, perempuan gila tu curi masuk," kata Budi.
"Gila..." seram sejuk Anggun dengar macam mana fanatiknya peminat Budi ini. Langsung tak hormat privasi orang lain.
"Trauma Eryna dengar." Bima komen sebaik tengok muka cuak Eryna.
"Relaks Eryna, relaks," ujar Budi membuatkan Eryna tertawa kecil.
Selesai berurusan di resepsi hotel, Armada dan Althaf berjalan ke tempat yang diduduki semua orang. Seronok mereka berbual sementara Armada bersusah payah mendaftar bilik untuk mereka.
YOU ARE READING
[OG] SESAL TERINDAH
Romance"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun...